on teman :)

Wednesday, May 26, 2010

kuceng berhibernasi

hibernasi adalah cara haiwan merehatkan diri bagi menghadapi musim sejuk. ok fine lah sangat. Malaysia mana ada musim sejuk. serius ceng malas nak update blog. macam dah takde cerita dan idea nak tulis apa. maka diumumkan, cik ili najwa's BLOG berehat seketika.

maka, cik kuceng pun tidur
 (eleh, nak yang comel saje je ko ni kan ili )


OK OK. KITA TUKAR
-
-
-
-
-
-
-
-

ZzZzzzzzZZzzZZzzzZzZ
( lagi comel kan? )



Friday, May 14, 2010

sleeping beauty and the frog prince .

pernah tak korang tengok drama ke filem kan... aktor tu tengah tidur, dia bermimpi - mimpi ngeri. tiba-tiba aktor tu bangun dia cakap, " Taknak!!! Taknak!! " dah bangun badan panas berpeluh-peluh. pernah tak???

okay abaikan. petang semalam ceng dan housematesss pegi makan kat Restoran Bonda. takde selera makan nasik pekena la mi goreng basah dan ais kosong. lepas tu tengok Adamaya episod last padahal tak pernah ikut pun cerita tu. lepas maghrib tu kitorang housematessss-housematesss ni dudok la nyembang kat ruang tamu. Ami cerita la pengalaman dia dudok kampung ayah dia. dia cakap dia pernah terpijak katak. ceng memang orang yang paling tertarik la dengan cerita dia. dengan semangat ceng tanya, " licin ke katak tu?" ami jawab, " tak tak" "dah tu, menggerutu eh?!" bertanya dengan buat muka geli.. ami balas, "a'ah" maka ramai-ramai cakap " eeeeeee.... yucksss yuckssss"... *ces. kalau nak cite dalam blog ni cam tak jadi plak dialog geli neh. tapi sebenarnya kitorang geli laa gila gilaaaa gilaaa siap dengan mimik muka tau tak.

okay abaikan. malam semalam masa nak tidur ceng online dulu. tapi pening gila kepala dan rasa nak muntah. tutup laptop dan cuba nak tidur tapi tak dapat. tak selesanyaaa. maka ceng pun turun la toilet bawah pegi tandas, wekkkkkkkkk wekkkkkkkkk.. ces. rugi mi goreng basah haku 3ringgit.

ape cite pasal muntah-muntah neh. okay abaikan. maka dapatlah ceng tidur dengan lena... lena sangat. best best. tiba-tiba, *saspens neh. rapatkan kepala dekat skrin* dalam pukul 3 ceng terjaga dan jerit, " Taknak!!!! Taknak!!!! " ceng termimpi katak. tak ingat dia buat apa tapi mimpi katak. korang boleh bayang tak betapa takutnya ceng sampai boleh terjerit dalam mimpi lantas terus terbangun. bukan takat ceng je terbangun, Vivie dan Aisyah yang berada di katil sebelah pun terbangun. orang bilik sebelah pun dengar jugak you all.

benarlah kata orang, kalau kita takut, jangan la takut sangat dan tunjukkan kita tak suka. balasan kotttt. amacam? ada tak ala-ala derama Melayu masa part mimpi tuh? 

Doa Ketika Mendapat Mimpi Buruk :
أَللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ وَسَيِّئاَتِ اْلأَحْلاَمِ

Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari perbuatan syaitan
dan mimpi-mimpi buruk... AMINNNNNN.


Wednesday, May 12, 2010

telur adalah egg .

semalam. tengahari semalam untuk lebih spesifik, ceng dengan housemate pegi beli barangan dapur. cewah. baru pindah rumah sewa ni. kasi berasap la sikit dapur kan. baru la namanya anak dara. wah! nak market diri la plak. masa nak kat kedai annei ( panggil yang selalu dipanggil kepada penjual india lelaki ) tu, dok amik sardin la, bawang la, perencah nasik goren la, garam la.. tapi yang paling lama nak pilih adelah TELUR! sume dok terpinga-pinga depan telur tu. nak beli 10 bijik ke 1 papan ( 30 bijik ) . kompius kompius. beli sikit dia mahal. beli banyak takut busuk pulak sebelum sempat habis. ok fine akhirnya amik 1 papan sebab bila pikir balik telur je la lauk paling senang.



malam tu nak masak. kepala gas tak pasang lagi kat tong dia neh. jenuh la ramai-ramai kat dapur dok betulkan kepala gas tu. tak masuk-masuk, longgar. ade bunyi "sssssssssss" . bahaya kalau nak masak ada gas bocor neh. ade yang tepon mak la, kakak la. riuh dapur. padahal masak telur dadar je. lastly mintak la bantuan budak laki neh dia ikat dengan tali bagi tanak ade bunyi "ssssssssss" ... makanya makanlah kami nasik berlaukkan telur dadar, sos dan kicap. orang bujang la katakan.

petang tadi nasikah buat nasik goreng dengan telur. lepas tu mek ti pulak buat scramble egg. wahaha. 
besok tak tau la makan ape pulak. 

mungkin telur rebus. 

atau telur mata kerbau. 

atau telur bungkus... 
_
_
_

nasib baik la beli satu papan. HAHAHA 


Friday, May 7, 2010

seorang rabun .

cuba tengok bawah. baca yang dalam kotak merah tu.

orang cakap dalam kotak merah je la bukan baca semua. puk karang! ngee..

memang diakui, ceng jadi rabun sebab banyak baca buku  tengok tv. tapi bila tengok balik 1 family semua pun pakai spek kecuali abang chik. pakai spek susah tak? ye. diakui. pakai spek neh sedikit menyusahkan.
1 . nanti nak berkelah kena bukak spec lepas tu susah nak cari tempat selamat letak :(
2 . semayang dekat surau/masjid. risau orang terpijak spek kot-kot dia tak perasan kita tengah semayang. banyak jugak ceng dengar kes camni masa sekolah dulu :(
3 .  takleh lah nak berlagak pakai shade/spek mata belalang tuh. memang cool padahal bukan nampak pun :(
4 .  nak drive kalau tertengok matahari bertambah silau kalau pakai spek  :((
5 . nak tido kena make sure letak tempat selamat. jangan plak baca buku atas katil lepas tu tertido sekali dengan spec. sadis :(
6 . keluar dari tempat sejuk cam dari dewan kuliah atau kereta spec terus berwap :(
7 . makan benda panas cam mi sup pun spek berwap :( 
8 . tudung susah nak bentuk :(( 
9 . mana ada princess pakai spekkkkk!!! huwaaaa  :(((((((( 
tapi takpe. pakai spec pun cool jugak pe. ada macam-macam design bley pilih. frameless, half frame, old school? pilih-pilih. lima seploh lima seploh. ceh. banyak la harga spek lima seploh hengget. ceng kalau nak beli spek pun selalu rm 250++ kott. standard la harga gitttuuu  *haih melayang duit jay-piy-ayyy hakuhh.*

lagipun kannnnn.. kalau pakai spek dapat la cover mata pando ceng neh. niat nak beli contact lense terus batal mengenangkan lingkaran bawah mata :P  kalau tak pakai spec, kompem mata nampak begini.

cam mata pando sangat. ahaha.
korang macam mana? line ada clear tak?

Wednesday, May 5, 2010

mimpi ku hanya mimpi .

haritu balik jumpe anak saudara ceng. ceng bagi diorang dengar lagu ni.



boleh pause kalau tanak dengar :)


"jika dunia aku yang punya,
akan ku dirikan sebuah syurga,
malam tanpa siang untukku bermimpi,
sepanjang masa tanpa kecewa,
bertemankan bintang yang setia,
bagaikan puteri kisah khayalan,
yang hidupnya suci dan sempurna."

cerita princess ni memang indah kan? cuba tengok Cinderella. ada pari-pari datang bagi kasut kaca, baju cantik, pergi majlis tari-menari lepas tu jumpe Prince Charming. indah? cuba tengok Aurora Sleeping Beauty pulak, kena sumpah tido, bukak-bukak mata ada Prince Philip. indah kan? baik korang cakap indah kalau tak ceng tikam. dulu masa kecik-kecik, selalu nak mimpi Princess.

"tapi sayang hanyalah impian
bulan tak bisa tumbuh di taman
dan bila mentari datang
pulanglah segala kenyataan"

sekarang dah hampir 20 tahun. susah dah nak dapat mimpi Princess neh. kadang-kadang tu takde mimpi pun. tapi yang pasti, bila ceng bangun, ceng hanyalah seorang Rabiatul Ili Najwa binti Khairuddin.

dan bukan seorang puteri  ;')


Monday, May 3, 2010

payah betul orang terlebih vocab neh .

tadi sedang main game, cam biasa - Mafia Wars. tiba-tiba ada orang ym ajak main chess ngan game hape entah. maka ceng pun decline ah. bukan ceng kenal pon sape yang ym tu.


kuceng: bz
kuceng: suri
Latt baik: fuck you
kuceng: you too
Latt baik: come fuck me
Latt baik: i got what u want
kuceng: xde bahasa yang lagi indah ke?
kuceng: mulut tu nikmat yang allah bagi
kuceng: jangan menyesal kalau suatu hari anda bisu
Latt baik: oioooo
Latt baik: damn
kuceng: mulut tu nikmat yang allah bagi
Latt baik: macibai
kuceng: alhamdulillah
kuceng: terima kasih allah kerana menganugerahkan aku mulut
kuceng: bersyukur ye lain kali
kuceng: bukan kufur dengan nikmatnye

terus dia sign out. puas hati aku.