on teman :)

Showing posts with label persoalan hidup. Show all posts
Showing posts with label persoalan hidup. Show all posts

Wednesday, May 12, 2010

telur adalah egg .

semalam. tengahari semalam untuk lebih spesifik, ceng dengan housemate pegi beli barangan dapur. cewah. baru pindah rumah sewa ni. kasi berasap la sikit dapur kan. baru la namanya anak dara. wah! nak market diri la plak. masa nak kat kedai annei ( panggil yang selalu dipanggil kepada penjual india lelaki ) tu, dok amik sardin la, bawang la, perencah nasik goren la, garam la.. tapi yang paling lama nak pilih adelah TELUR! sume dok terpinga-pinga depan telur tu. nak beli 10 bijik ke 1 papan ( 30 bijik ) . kompius kompius. beli sikit dia mahal. beli banyak takut busuk pulak sebelum sempat habis. ok fine akhirnya amik 1 papan sebab bila pikir balik telur je la lauk paling senang.



malam tu nak masak. kepala gas tak pasang lagi kat tong dia neh. jenuh la ramai-ramai kat dapur dok betulkan kepala gas tu. tak masuk-masuk, longgar. ade bunyi "sssssssssss" . bahaya kalau nak masak ada gas bocor neh. ade yang tepon mak la, kakak la. riuh dapur. padahal masak telur dadar je. lastly mintak la bantuan budak laki neh dia ikat dengan tali bagi tanak ade bunyi "ssssssssss" ... makanya makanlah kami nasik berlaukkan telur dadar, sos dan kicap. orang bujang la katakan.

petang tadi nasikah buat nasik goreng dengan telur. lepas tu mek ti pulak buat scramble egg. wahaha. 
besok tak tau la makan ape pulak. 

mungkin telur rebus. 

atau telur mata kerbau. 

atau telur bungkus... 
_
_
_

nasib baik la beli satu papan. HAHAHA 


Wednesday, April 21, 2010

suka ke sayang ?

HELLO HELLO HELLO HELLO HELLO   (efek suara bergema)


entah kenapa nak cerita pasal sayang-sayang kat sini. heshhh. sedih sebenarnya tengok ade segelintir manusia yang berkepit sana-sini. dah macam beluncas. eh bukan-bukan. macam belangkas! Peribahasa dalam masyarakat Melayu iaitu 'macam belangkas' bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja. Kita akan temui belangkas di laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina. 


okayh okayh jangan la sempit pemikiran nak pandang kawan seuniversiti ke hape kan. luaskan skop muda-mudi yang berada di tepi pantai kat Kuala Perlis, shopping complex Mid Valley, KLCC Park, Pantai Cinta Berahi eh tak tak tu nama lama sekarang jadi Pantai Cahaya Bulan. hohoh.

oh okay. persoalannya di sini, apakah beza antara suka dan sayang? dua-dua sama mula dengan huruf S. tapi suka ada 4 huruf, sayang ada 6 huruf. bukan perbezaan ni eh yang kite cari. ok jom ceng bawak korang jalan-jalan pegi showroom Mercedes-Benz.

pada suatu hari, hari Rabu, So'od pegi la showroom Merce. masa mula-mula dia masuk showroom tu kan, memang So'od dah jatuh hati ah dekat Mercedes-Benz SLK 350 [R171] . ape orang cakap. alaaaa... love-first-sight gituuuu. ok. ini adalah suka. suka eh. S.U.K.A.

ok meh ceng bagi satu gambar Mercedes-Benz SLK 350 [R171] . nanti ceng cakap, leh korang bayangkan.
tak la cantek sangat silver kan.

ok cun! blacko wohhhhh!

lepas So'od sahih jatuh hati kat kereta tu kan, dia pun pegi la kat salesman tu. dia cakap, " cun gila wohhh wohhh Mercedes-Benz SLK 350 [R171] ni wohh. sporty, elegan, atap boleh bukak-bukak " ( apasal cara So'od cakap macam aku cakap di dunia nyata? ) maka So'od pun lepas sign agreement dah bayar sume-sume, dia pun bawak la kereta tu balik rumah. tengok kotor sikit je kereta Merce dia tu, mesti nak basuh. polish dengan wax tak yah cite ah. memang SAYANG sangat la si So'od kat kereta dia tu. oh okay. itu adalah SAYANG

nampak tak beza dari sini? cam So'od tadi, lepas dia dapat kereta tu, dia jaga elok-elok, basuh, polish, wax...... ape ceng nak sampaikan sebenarnya kat sini kan... sayang dan cinta itu adalah selepas kita memiliki. jadi maksud memiliki bagi ceng tu adalah perkahawenan. eceh. couple-couple tak kira memiliki lagi eh. tu namanya nak makankaki.


Tuesday, April 13, 2010

lemah .


ya. memang lemah. tak berdaya. entah kenapa sem ni semakin malas, sangat malas. lepas tu tengok buku, notes dan slidessss... tengok sahaja. membacanya? mula mengeluh... tiba-tiba teringat,

masih ada lagi harapan bukan?
;')
TERIMA KASIH ALLAH.




live traffic feed .



sejauh manakah aku boleh mempercayai live traffic feed ini? kadang-kadang aku rasa taknak orang lain tahu terutamanya budak course aku. sebab blog aku yang sememangnya penulisan cam hampeh, takde pekdah. sebab segan dengan budak course aku yang lain yang punya blog tapi penulisan yang ilmiah. macam contoh kat traffic atas tu, ada daiefiqh a.k.a Farid Hadhari. adakah beliau membaca blog aku lepas tu tak komen? membuat aku rasa, ' ishhhh.. segannyaaaaaa '. atau adakah aku tak patut mempercayai live traffic feed di atas?