aku baru je tengok debat tu dan tak tengok pun yang live pasal takde astro dekat rumah sewa. nevermind, youtube pun bolehhh! :D tapi tak bermakna la masa live tu, aku tak hirau pasal debat PTPTN tu. i do ask my mom to watch the debate too. ahaks!
jadi, janganla kata aku tak cakna pulak. keh3.. tak tengok live, tapi tengok rakaman okay. dan aku perasan jugak kat twitter ada trending pasal #DebatPTPTN. how cakna i am! haha
ogeh ogeh ogeh *okay sengau*. after listening to both debators, aku dapat simpulkan bahawa Rafizi hendak kepada pendikan tinggi percuma manakala KJ tidak mahu memansukhkan PTPTN.
Rafizi mengambil Amerika Syarikat sebagai contoh, sebuah negara yang mengamalkan pendidikan berbayar berkonsep sama seperti PTPTN. hasilnya, AS mengalami tekanan ekonomi di mana pelajar-pelajar tidak membayar hutang pendidikan. thus, AS failed!
KJ pula mengambil Greece sebagai contoh. Greece merupakan sebuah negara muflis. juga sebuah negara yang mengamalkan pendidikan percuma. thus, Greece juga epic PHAILEDDDD!
so *just a piece of my thought. saya insan kerdil, pacal dan hina untuk berbicara tentang politik*, i recommend and i suggest that our beloved country to be moderate. saya kira, adalah wajar untuk tidak memberi pendidikan tinggi percuma dan juga janganlah mengenakan kadar PTPTN yang melampau.
Untuk PTPTN, buat la kadar macam siapa dapat pointer 3.7 ke atas free takyah bayar PTPTN, 3.5 - 3.7 bayar half and the list goes on.... Sebagai pelajar di IPTA, aku akui tak semua pelajar tu belajar di universiti. ada yg guna PTPTN untuk keluar dating, beli handphone, lepak-lepak, makan mahal-mahal and you just name it...*it happens! it happens among my friends!* TEENAGERS kannn.. aku akui yang aku pun tak terlepas dari semua tu.
sebagai JPA holder *bukan untuk berlagak, show off, or bragging, i just want to put myself in the situation*, rasa agak terkilan juga kalau semorang dapat pendidikan percuma. yelah, nak dapat biasiswa JPA tu senang ke? kena dapat pointer bebagus dulu baru dapat. kalaulah PTPTN dimansukhkan dan pendidikan adalah percuma, maka tiadalah rasa persaingan sesama pelajar. persaingan sihat kotttt... bukan nak gaduh tumbuk punnn... "benda dah free, takyah bayar so what's the point aku nak belajar." kata encik siput yang malas.
my comment as seen on youtube.
saya percaya, isu pendidikan tinggi percuma bukanlah terhenti setakat pada pembangunan ekonomi negara sahaja. emosi orang yang belajar pun kena ambil kira juga. agak-agak sebelum debat tu ada tak buat survey dekat pelajar-pelajar di universiti? janganlah sekadar berdebat ambil fakta nombor sini sana, gubal undang-undang itu ini, rakyat juga kena tempiasnya.
to conclude, aku tak tau nak undi mana satu.
ini
atau ini.
makanya, aku pun check status daftar undi aku.
DALAM PROSES PENGESAHAN DAFTAR PEMILIH.
No comments:
Post a Comment