on teman :)

Wednesday, May 23, 2012

prank di tengahmalam

semalam, pukul satu pagi. aku mengantuk sangat tapi aku tak dapat nak tido. tiba-tiba aku call kawan aku masa sekolah dulu, adlina.

bila dia angkat tu, aku buat-buat cam suara nangis sikit-sikit cam teresak-esak. "ad. tolong aku ad. aku tak tau aku kat mana. tempat ni gelap ad"

ad balas, "sat sat ili. aku tak dengaq!"

teruskan drama, "aku tak tau aku kat mana ad. aku takut. gelap".. suara cam nangis tapi hati aku nak gelak woi!

ad gelabah gila. pastu aku gelak, "HAHAHAHAHAHAHAH!woi! aku saje nak kenakan ko! ko watpe ha?!"

ad balas, "jahat hang ili! aku dah risau dah pukul 1 pagi ni hang kat mana la tadi!".. hahahahahah..

pastu sesembang pillow talk. sorang kat shah alam, sorang kat nilai. kutuk jersi MU, kutuk samir nasri, beli jersi ciplak, RVP dah pandai demand and hoping that RVP wont leave Arsenal.

i love this girl. the one with black tudung. yes, i love myself. haha.

kritikan kritis isk isk isk

ok. tajuk post tak membina. however, this post is actually a review after i watched this -> Debat PTPTN.
aku baru je tengok debat tu dan tak tengok pun yang live pasal takde astro dekat rumah sewa. nevermind, youtube pun bolehhh! :D tapi tak bermakna la masa live tu, aku tak hirau pasal debat PTPTN tu. i do ask my mom to watch the debate too. ahaks!

jadi, janganla kata aku tak cakna pulak. keh3.. tak tengok live, tapi tengok rakaman okay. dan aku perasan jugak kat twitter ada trending pasal #DebatPTPTN. how cakna i am! haha

ogeh ogeh ogeh *okay sengau*. after listening to both debators, aku dapat simpulkan bahawa Rafizi hendak kepada pendikan tinggi percuma manakala KJ tidak mahu memansukhkan PTPTN. 

Rafizi mengambil Amerika Syarikat sebagai contoh, sebuah negara yang mengamalkan pendidikan berbayar berkonsep sama seperti PTPTN. hasilnya, AS mengalami tekanan ekonomi di mana pelajar-pelajar tidak membayar hutang pendidikan. thus, AS failed!

KJ pula mengambil Greece sebagai contoh. Greece merupakan sebuah negara muflis. juga sebuah negara yang mengamalkan pendidikan percuma.  thus, Greece juga epic PHAILEDDDD!

so *just a piece of my thought. saya insan kerdil, pacal dan hina untuk berbicara tentang politik*, i recommend and i suggest that our beloved country to be moderate. saya kira, adalah wajar untuk tidak memberi pendidikan tinggi percuma dan juga janganlah mengenakan kadar PTPTN yang melampau. 

Untuk PTPTN, buat la kadar macam siapa dapat pointer 3.7 ke atas free takyah bayar PTPTN, 3.5 - 3.7 bayar half and the list goes on.... Sebagai pelajar di IPTA, aku akui tak semua pelajar tu belajar di universiti. ada yg guna PTPTN untuk keluar dating, beli handphone, lepak-lepak, makan mahal-mahal and you just name it...*it happens! it happens among my friends!* TEENAGERS kannn.. aku akui yang aku pun tak terlepas dari semua tu.

sebagai JPA holder *bukan untuk berlagak, show off, or bragging, i just want to put myself in the situation*, rasa agak terkilan juga kalau semorang dapat pendidikan percuma. yelah, nak dapat biasiswa JPA tu senang ke? kena dapat pointer bebagus dulu baru dapat. kalaulah PTPTN dimansukhkan dan pendidikan adalah percuma, maka tiadalah rasa persaingan sesama pelajar. persaingan sihat kotttt... bukan nak gaduh tumbuk punnn... "benda dah free, takyah bayar so what's the point aku nak belajar." kata encik siput yang malas.
my comment as seen on youtube.

saya percaya, isu pendidikan tinggi percuma bukanlah terhenti setakat pada pembangunan ekonomi negara sahaja. emosi orang yang belajar pun kena ambil kira juga. agak-agak sebelum debat tu ada tak buat survey dekat pelajar-pelajar di universiti? janganlah sekadar berdebat ambil fakta nombor sini sana, gubal undang-undang itu ini, rakyat juga kena tempiasnya.

to conclude, aku tak tau nak undi mana satu.


ini


atau ini.


 makanya, aku pun check status daftar undi aku.

DALAM PROSES PENGESAHAN DAFTAR PEMILIH.




Wednesday, May 9, 2012

HADIAH HARI BAPA?

one may ask, one may critic.. 

hekelehhhhhh.. nak buat apa sambut hari bapa? bukan ke kita patut sayang ayah kita tiap-tiap hari? "

ye betul. memang kita patut sayang ayah kita tiap-tiap hari. bukan sahaja patut, malahan WAJIB! tapi apalah salahnya untuk kita adakan 1 hari special untuk bapa-bapa di dunia ini. tugas bapa bukannya senang tau. dia yang cari duit untuk keluarga makan, untuk shoping, duit minyak tol balik kampung, duit belanja pegi universiti/sekolah, support kenduri kahwin kita and the list goes on ;') *thank you abah*

realitinya, berapa orang antara kita ni yang tiap-tiap hari call untuk tanya khabar mak ayah kita kat kampung. okay fine, paling kurang pun sms mak ayah kita.... saya akui, kesibukan belajar di universiti assignmentsss, presentationssss, proposal thesis, tidur dan banyak lagi lah... kita terlepas pandang untuk menaip sms " abah, buat ape tu?"... "mak, masak ape harini?" ... jadi, tak salah rasanya untuk kita ambil kesempatan atas hari bapa atau hari ibu ini untuk menghargai pengorbanan mereka... alahhhh...bukan salah pun. benda baik kan :')

ok. dah dah. kita hilangkan mood syahdu. mungkin ramai yang buntu untuk bagi apa kat ayah kan untuk hari bapa ni? kat sini, saya nak jual tali leher. khas untuk hari bapa nanti. kalau nak bagi hadiah kat suami ke, tunang ke, boyfriend ( errrr... sila nikah cepat-cepat ye), boleh lah dapatkan dari saya.

harga 1 necktie RM 25. postage ke semenanjung tambah RM 7. sabah sarawak tambah RM 9.
jom tengok koleksi yang ada :)

pergi ke link ni for a nicer view dan pilihan yang lebih banyak! https://www.facebook.com/media/set/?set=a.284418704974973.69057.279152622168248&type=3

semua box didatangkan dengan cufflinks dan suit pocket handkerchief!
___________________________________________________



CODE ITEM: ATRIN 1100
BRAND: BOSS
PRICE: RM 25 EXCLUDED POSTAGE
POSTAGE: SEMENANJUNG ADD RM 7, SABAH SARAWAK ADD RM9
___________________________________________________


CODE ITEM: ATRIN 1110
BRAND: BOSS
PRICE: RM 25 EXCLUDED POSTAGE
POSTAGE: SEMENANJUNG ADD RM 7, SABAH SARAWAK ADD RM9
___________________________________________________



CODE ITEM: ATRIN 1130
BRAND: LV
PRICE: RM 25 EXCLUDED POSTAGE
POSTAGE: SEMENANJUNG ADD RM 7, SABAH SARAWAK ADD RM9
___________________________________________________


CODE ITEM: ATRIN 1140
BRAND: BOSS
PRICE: RM 25 EXCLUDED POSTAGE
POSTAGE: SEMENANJUNG ADD RM 7, SABAH SARAWAK ADD RM9
___________________________________________________



CODE ITEM: ATRIN 1160
BRAND: BOSS
PRICE: RM 25 EXCLUDED POSTAGE
POSTAGE: SEMENANJUNG ADD RM 7, SABAH SARAWAK ADD RM9
___________________________________________________





CODE ITEM: ATRIN 1170
BRAND: BOSS
PRICE: RM 25 EXCLUDED POSTAGE
POSTAGE: SEMENANJUNG ADD RM 7, SABAH SARAWAK ADD RM9
___________________________________________________





CODE ITEM: ATRIN 1180
BRAND: BURBERRY
PRICE: RM 25 EXCLUDED POSTAGE
POSTAGE: SEMENANJUNG ADD RM 7, SABAH SARAWAK ADD RM9
___________________________________________________



CODE ITEM: ATRIN 1190
BRAND: LV
PRICE: RM 25 EXCLUDED POSTAGE
POSTAGE: SEMENANJUNG ADD RM 7, SABAH SARAWAK ADD RM9
___________________________________________________






CODE ITEM: ATRIN 1200
BRAND: BOSS
PRICE: RM 25 EXCLUDED POSTAGE
POSTAGE: SEMENANJUNG ADD RM 7, SABAH SARAWAK ADD RM9
___________________________________________________







**AKAN UPDATE LAGI. BESOK ADE TEST. NAK BACA BUKU. HEHEHEHE**


Thursday, September 1, 2011

bersalam-salaman, bermaaf-maafan.

cam kalau dengan pakcik ( i mean yg bukan adik beradik mak bapak la) , perlu ke salam? takbley la kan, sebab kite bukan muhrim, boleh kahwin. kalau kecik-kecik dulu boleh la main harung je nak salam sape-sape pun.tapi sungguh awkward kan bila kite ade pakcik-pakcik ( yg adik beradik dengan mak ayah kita ) sedang isap rokok bersama pakcik-pakcik ( yg bukan adik beradik mak ayah kita ), tapi kita salam yg kategori pertama tu, then yang kategori kedua kita skip, tak salam dia. sengih-sengih muka kerang busuk cakap; "selamat hari raya, pakcik.." ceng harap pakcik itu faham dengan situasi masa tu. bukanlah tak beradab dengan orang tua, cumanya menjalankan tanggungjawab seorang muslimah untuk menjaga batas.

di samping itu, ada jugak macam anak saudara yg macam umur yg dah baligh la, nak salam kite. yg tu boleh la kite tolak dengan cara melawak sket. memang berkesan sebab dah buat. haha.

kali pertama dia hulur bila ceng datang umah dia, sambil tersengih, ceng cakap, "eh, taknak la salam.." berlagak gila bunyinya. masa cakap tu memang terasa la macam tak berhikmah je.

bila nak balik tu, dia hulur lagi. ceng cakap la... "alaa.. segan laa nak salam-salam...." pastu ceng gelak-gelak kecik, buat-buat muka macam malu. situasi melawak ok. jangan serius.   

tadi dia plak datang rumah ceng. dia hulur lagi plak dah.... memang dalam otak tak tau nak jawab ape. secara spontan dia cakap, "eh!" sambil tarik balik tangan dia. ha, tengok. lepas-lepas ni dia jumpa dia tkkan buat lagi punya. cambest plak masa tu. rase macam, I GAIN ALL THE RESPECT weyyyyyyhh!!! eh tak, rase puas sebab dapat berdakwah secara tak langsung. nanti dia jumpa perempuan lain yg taraf makcik auntie cam ceng ni, takde la dia sembrono je pegi salam :)


gambo dah lawo. tapi ceng plak pegi tangkap pic abg cameraman. ceh.

the entry's title shud be; bermaaf-maafan. not bersalam-salaman, bermaaf-maafan.

Thursday, August 25, 2011

ada org rindu?

haha. like seriously?!!! ade org bace blog ni? hihi. comel betul la kawan ceng sorg ni. hai mek ti... *lambai-lambai, senyum tunjuk gigi*

last post 16 januari. gileeee lameee.. skrg dh 25 ogos dah pun. ade nak dekat 7 bulan tuuu. hikhik.. rindu pulak kenangan blogging ni.. masa ada readers yg komen.. masa tu cam best sebab dapat cerita dekat org then org respon kat kita macam kite sembang betul-betul je kununnye.. haihh.. miss those dayssss..

rasa macam ayat orang tua pulak pegi imbas zaman muda.

Sunday, January 16, 2011

kesah seorang adik, kakak dan anak sedara :)

minggu lepas gi setiawangsa. rumah kakak. saje je lepak sana, bosan duduk kat nilai. 1st week takde banyak kelas pun. baik main ngan 3 princesses tu.. ngeeheheh.

tiba-tiba sesat sorang budak ni ha. yg baring dua orang tu selamba ati je melanyak katil orang..

masa kat umah akak, cam terlupa lak nak bawak telekung. nak semayang asar neh. nak mintak akak cam segan plak. ngaaaa... *padahal akak sendirik* then, suruh la anak sedara yang sorang ni...

'anis, tolong mintak kat umi telekung. cakap cik ili nak pinjam,' anis pun angguk je la.berlari-lari ke bilik umi dia. pastu lari-lari kat bilik ceng duduk balik.

'cik ili cik ili, umi cakap.... kenapa tak bawak sendiri?' *adehhh..akak aku ni. bagi je la*

'errrmmmm... anis gi cakap kat umi... cik ili lupe laaa' hheheehheeh... tap tap tap tap... bunyik tapak kaki lari.

tap tap tap tap...pastu lari balik kat bilik ceng... 'cik ili cik ili, umi cakap... banyak cantekkkkkkkkkkk,' 

ceng pun ajar la dia balas....'anis cakap... memang cantekkkk pun!hahhahahhahahah'..... harus la pujik diri sendirik. pastu dia gi bilik umi dia. datang balik..

'cik ili.... anis tak tau ape maksud yang umi cakap. tapi umi cakap... podacit!' ceh..cakap kelin lak akak aku neh.

' anis gi cakap, poooooorahhhhh!' hahahahhhaa... anis pun gi la lari-lari kat bilik umi dia. then datang balik.
tapi datang ngan telekung sekali. heheheheeheh :P

aha.. ni la anis. memang pandai cakap sket dia ni... ni masa pagi dia nak gi tadika. eh, rindu ke apa ni ;')


Tuesday, January 4, 2011

down.

sem empat baru bermula. cam kalau masuk dewan kuliah jumpa coursemates mesti laju je soalan, "ili, kau dapat elektif ape?" ceng jawab je la selamba, "dapat civil".. tapi kalau sekali soalan, "ili, cmane result?" ceng jawab tertahan-tahan, "erm..ok la.alhamdulillah la. (org mukmin sentiasa bersyukur walau apa pun terjadi.hehe) jatuh banyak la gak. jatuh tersungkur la gk. pointer dalam 3.0 smpai 3.5 je. tak ramai pun" eheheh.

takut gila ah nak gitau mak result cenggini sebab harapan mak memang tinggi gila. ahahah. tapi nasib baik mak ok je.. ok la gak (kot). jadi sem ni cam kunun ada anjakan paradigma (pergh bahasa) la gak sket2 ngan rumet.. haha. beria ah susun strategi nak naik pointer. cam ape orang cakap.. berapi-api je nyembang itu ini. haha. tapi harap-harap kitorang akan buat la.

dan ceng plak, dah terjatuh hati kat library usim. cheyy. sebab kalau nak belajar kat library ni memang rasa cam keadaan bersedia la gak nak study. rasa cam best sebab ada kerusi, meja yg besar (so ceng leh sepah buku ceng merata-rata), aircond (sejuk sket), lab com (kalau boring blaja gi ah lepak sini), paper daily (sebab ceng memang jenis tak beli paper).. kalau nak ikutkan fasiliti memang ok la gak.. toilet bersih, surau pun ada telekung.

so, sekarang. rasa macam suka je nak lepak library... macam je la. hehe.

nak study, gi library.. (padahal mesej)

nak wat assignment, gi library.. 
(eeee.. huduhnye aku)

kalau nak makan??



ok fine. x boleh.

haha. boleh kira kondusif la gak belajar kat library neh.. tapi kalau study kat sini, ceng ada port favourite.

ha. kat arrow merah tu. cam privacy  sket kot. ngehehehe.. kalau boring, leh usha orang yang lalu lalang kat bawah tu >_____<

ni plak study kat umah.. baca 1 ayat, makan kerepek. baca 1 perenggan, minum nescafe. baca 1 muka surat,,, eh, mana bantal aku. nak rehatkan mata 5minit je. zzzzzzz (tido sampai pagi)

k ah. nak gi library. nak ikut tak. taknak sudah.
bye.


kuceng : harap-harap result kali ni boleh harap. tsk tskk :(

Tuesday, November 2, 2010

bertudung

'eh, tak panas ke hah bertudung?'
'tak up-to-date la kalau pakai tudung'

kenapa perempuan bertudung?
fine, cuba tengok emas permata berlian semua. ada orang biar dia berselerak macam tu je? tak kan? semua pun simpan bertutup kan kan kan.. samalah jugak. aurat kita ni berharga dan biarlah orang yang berhak je dapat lihat ;)
*ceh,macam perasan bagus sangat plak aku ni*

fesyen bertudung dengan tuala memang sangat hot sekarang.
=.=!!
rindu nieces :'(