on teman :)

Saturday, June 26, 2010

abang-abang

yeehaww! ini bukan kesah cik abang sayang ke hape eh. ni pasal abang ceng ni ha. tak tau la nak cakap kategori comel ke ape. tapi hati ceng cam tersentuh woooo.. *geliii*

ceng ingat lagi masa tu dekat stesen ktm padang jawa nak balik nilai. semalaman lepak UiTM Shah Alam, kat bilik Adlina. boleh pulak masa tengah tunggu tu Abang Chik telefon. video call siap. jadi, bila angkat video call tu terus loudspeaker la kannn. dah angkat tu, Hello tidak, bagi salam apetah lagi.

" oooooooooooo... gi jumpe boyfren eh!!!! " tuduh abang ceng. sebab masa tu bersiap cam nak gi jalan-jalan.
" oi. mane ade la. ni apse kamu tepon neh? " ceng cakap dengan loghat peghak ah kan.
" saje je tepon... " balas Abang Chik.

" ekelehhhh.. baik tapyah " *dalam hati, ceng terhaghu kotttttttttttt!  MyEm0.Com lebih kurang camni la muka terharu tu. mataku berkaca-kaca bahagia.
eheh. tu Abang Chik. ni plak tadi Abang Cho pulak call. masa tu nak gi amik wudhuk dah ni. Aisyah jerit.... " Ili!!!!! Abang Cho!!! " sebab ceng save nama dia Abang Cho <3 .. cewahhh. love love siap. family memang ceng buat <3 eh.

abang cho : kamu kat mane ni?
ceng : kat nilai. name? kamu kat mane?
abang cho : abang cho kat padang beso ( Perlis ) ni.. beli t shirt kat abah. ade gambo tuk tuk.
ceng : *aku x paham apsal dia cerita kat aku* ooooo.. nape je tepon?
abang cho : saje je tepon...
ceng : cheyyyyyyyyyyyyyyy... saje je? x sangka la Cho kamu tepon sebab saje-saje je. haha.
abang cho : ekeleh.. kenape? *lepas tu terus sembang dengan repekan tentang game*

benarlah kata peribahasa Melayu. air dicincang takkan putus. atau dalam omputehnye... as the saying goes, blood is thicker than water. cheyyyyyy..


Saturday, June 19, 2010

membaca jambatan ilmu .


bila cakap pasal membaca jambatan ilmu ni, teringat pulak masa tamhidi ( asasi ) dulu ceng ada masuk pertandingan menulis esei Bahasa Arab. masa tu lepas sembahyang zohor, ceng ada nampak iklan pasal pertandingan tu kat papan kenyataan. macam tertarik pulak nak masuk. ada banyak tajuk pilihan tapi ceng saja pilih tajuk   ' القرأة طريق علم '  sebab macam senang. macam je lah. 

maka, berhempas-pulas lah mencari isi dan dalil-dalil dari al-quran dan hadis untuk tajuk tu. tak sangka pulak la boleh menang nombor 3. entah-entah tiga orang je kot yang masuk pertandingan tu. ahahaha! 

tak kisahlah. yang paling best masa pergi interview yayasan Bank Rakyat hari tu, bila dia tengok sijil tu terus dia macam terkagum, " oh, pertandingan esei bahasa arab ye ni? " ceng pun jawab, tak nampak ke tu dia tulis apa. eh tak tak. ceng senyum dan angguk saja.

jap nak share sikit. dalam esei tu ceng ada letak satu hadis.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم 
  (( من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له به طريقا إلى الجنة ))
رواه مسلم

yang bermaksud : Barangsiapa yang meniti suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah memudahkan untuknya jalan menuju syurga.





jadi, nak cakap kat sini. membaca bukan sahaja kunci untuk mencari ilmu. bahkan kunci menuju ke syurga. InsyaALLAH. tapi ikut jugak la bahan bacaan tu. jangan la pulak pegi baca benda bukan-bukan. semoga post ini boleh menyemai minat anda untuk membaca. ahah. yang tuan punya blog ni pun. sama dengan jeeee. liat sikit bab baca membaca ni. hihi. 

-
-
-
-


kan dah terkeluar gambar poyo sorang-sorang.

Monday, June 14, 2010

selsema piala dunia .

ceng takde eh nak demam-demam piala dunia ni macam sesetengah orang tu. sehari 3 game, semua sekali dia balun tengok. perghhh. wa saspek sama lu derrr. bola itu memang bulat. eh tak. bola itu memang sfera. awal-awal lagi mexico dah seri dengan south africa padahal south africa tu bukanlah favourite team pun yang mana mexico memang patut bantai habis-habisan biar south africa malu wohhh kalah tempat sendiri. tapi ada aku kesah? *hembus nafas*


nampaknya ada jugak orang yang baca post ceng yang bertajuk baju pun boleh jadi haram kalau.. yang mana ceng cakap pasal jersi liverpool, manchester united, portugal, england. boleh ke kalau pakai jersi nama arak? boleh ke pakai jersi lambang setan merah? boleh ke pakai jersi lambang salib? sila baca post tersebut untuk dapatkan jawapannya ye kawan-kawan.

terima kaseh kerana sudi jugak la buat blog persendirian ni jadi rujukan kannn. bukan apa. orang kalau dah berilmu, kita jangan kedekut. kasi tau jugak la kat orang luar sana. eh. argentina jangan nak menang eh world cup 2010. tak senggup tengok maradona.... yekkkk!!!!!!

Sunday, June 6, 2010

penyejuk mata .

Abe Syara *single
Adib *single*
Aran *single*
Asyraf *married*
Azhar *single*
Hizbur *married*
Miril *single*
Nuri *single*
Syakir *single*
Taufek *engaged*


gedik gila kottt nak bagitau nama dengan relationship status je. ehhh... penting tuuuu... inilah 10 calon imam muda. smart kannnn? aik. cari imam pun nak buat program realiti ke? nak jadi ketua untuk solat je pun. if itulahh yang ada dalam pemikiran korang, korang silap. jadi... siapakah imam?
"imam ialah orang yang menjadi ikutan. beliau bukan sekadar untuk mengerjakan solat tetapi beliau juga menjadi ikutan seluruh masyarakat. " - pengacara Imam Muda, Haji Dzul Karnain Hamzah .
siapalah ceng kan nak buat laki camni jadi suami kan. *ceyyyy.* jauh sangatlahh kriteria. tapi.. SALAHKAH AKU MENGAGUMI MEREKA? SALAHKAH? SALAHKAH? SALAHKAH?

tidak bukan *tiba-tiba jawab sendiri*

Wednesday, June 2, 2010

kerana mulut itu .

kerana kata-kata lah, manusia bisa jatuh cinta. *ceyyy..intro nak jiwang saje* abaikan. peribahasa Melayu banyak yang kata pasal mulut.. "kerana pulut santan binasa, kerana MULUT badan binasa" ,,, "biar pecah di perut *aduiii* jangan pecah di mulut".. "terlajak perahu boleh diundur, terlajak MULUT  kata buruk padahnya" nak lagi? mulut tempayan, buah mulut, manis mulut, keluar mulut kambing masuk mulut buaya... ok. enough. 

payah betul la kalau jumpa orang yang mulut takde insuran ni. ceng ngaku la kan, mulut ceng ni memang kepoh. dalam kelas diam, luar kelas.... *jangan bayangkan* tapi ada ke ceng perli kawan ceng depan ramai orang? contoh macam ni, " eh, baju kurung kau ni... kain dia beli siap dengan payung ke? sama tone nampak " ATAU " nak tak kertas pasir untuk muka kau? " ATAU " kau nak tak makan ayam ni, aku tak larat la, kau kan kuat makan " ATAU perli lelaki lembut budget macam dia tu jantan sangat. pffffttt. annoying! dialog atas tadi bukan ceng je kena ye. ramai lagi kawan-kawan ceng kena sekali. masa mula-mula ceng kena, memang ceng boleh gelak sekali. tapi kalau dah banyak kali, memang ceng boleh senyum.. BUT MY SMILE IS FAKE!!!

masa ceng dengar dia perli kawan-kawan ceng.. ceng tahu kawan ceng tu malu tapi takkan la dia nak lawan balik kan. maka ceng pun back up la.. " ko ni... tak baik laaa.." *tu je la yang mampu* tapi sebenarnya nak cakap macam ni >>>
"erghhh.. geramnyaa.... jagalahh sikit hati kawan kita tu. terdiam kawan kita tu bila kena perli. tapi kau tak tahu betapa hati dia menangis. takkan sampai air mata tu dah mengalir depan kau... baru kau nak pujuk rayu minta maaf bagai!!!!! "   *emosi*
dah lah...penat dah ceng menambah dosa kering kat sini. ingatkan ceng sorang je yg rasa macam ni dekat dia. tapi pagi tadi ramai pulak report kat ceng pasal dia. yes!!! ceng ada supporters!!! pengajarannya di sini... mari kita lihat muka kita sekarang. korang ada dua mata kan? dua telinga kan? tapi satu je mulut kan? kenapa??? tu maknanya, Allah suruh kita banyakkan melihat dan mendengar supaya kita jadi orang yang luas pemikirannya, tapi, satu mulut supaya kita tak banyak bercakap. eh jap. lu ada otak kan? lu pikir lah sendiri! gua penat dah pikir pasal masalah hati dan perasaan ni. bye.

jangan bermulut longkang,
nanti takde orang sayang.
salam sayang,
ili najwa
xoxo
<3