on teman :)

Wednesday, December 30, 2009

sebuah mesej

tengahari tadi.. ceng dapat 1 mesej. berbunyi begini.. ok fine. memang lah mesej tu x berbunyiii. ok. ulang balik. tengahari tadi.. ceng dapat 1 mesej. berTULIS begini..

Salam., em, ili, jgn ambk aty deh., juz nk gtaw., selendang td agk jarang., nampk tengkuk., kalu boleh, xpakai lg deh tdg cmtu., wallahu a'lam.. =>
ceng pun balas la..

Terima kasih tegur.  :)

ya allah malunyeeeeee... segan ya amat. tp jgn risau ek encik yg menegur. tak ambik aty dehhh. malu sangatt.. hurmmm. ceng suka cara dia tegur. berlapik je. kalau tegur direct, hari2 aku dok pakai selendang tu je lantak ko tambah dosa tengok aku pakai jarang2.  haha...  <- kurang ajar..  T__T


kuceng : rasa terharu sangat dan jugakkkk  
MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!! (echo)
Tuzki Bunny Emoticon<-  kesan terlalu malu sangat..

duit melayang .



penat gila hari ni. pegi canselori, pegi bank islam, pegi balai polis.. aik? balai? aha.. nak tau silalah baca. xnak sudahhh.. klik blah
                                           ***

haihh. pegi canselori. kena denda tak daftar online rm25. padahal dah bukak dah e-wadi tuuu. cumanya tersilap tekan link yang disangkakan link untuk mendaftar padahal bukan.  =___=
                                ***
pegi bank islam pulakkk. buat kad atm baru.

ceng                     : kena bayar ke kak?
akaq bank islam   : kena bayar tapi tolak dari akaun je..
ceng (dalam hati)  : entah berapa la dia charge?  %^&a}\&;*($#!
                                ***
lepas tu pegi balai.. oh ya.. masa tengah duduk nak tunggu turn report, ada seorang perempuan umur dalam 22-26 kottt.. dukung budak lelaki. kasehan. lebam-lebam perempuan tu. anak dia pulak kepala berdarah suami dia buatt. dah la mengandung 2bulan setengahhh.. haihh.

'masa nak kawen bukan main lagi pujuk rayu.. nak cari laki, cari yg baik-baik. suami isteri ni kalau gaduh mulut takpe lagi. ni kalau dah sampai pukul-pukul, bukan suami isteri dah ni,' sempat pakcik polis tu pesan dekat ceng, amni dengan kila.. ceng mengangguk saja.

lama betul tunggu.. tak semayang zohor lagi. pegi la surau kat balai tu.. akhirnya turn ceng pulakkk buat kaki retortt. eh tak. buat report.

pengadu pada 29/12/2009 jam lebih kurang 7.30 pagi semasa saya bangun dari tidur di alamat bla3, nilai, n9 saya sedari beg duit saya telah tiada dalam simpanan dipercayai telah kena ambil oleh siapa tidak tahu kerana semasa saya letak beg tersebut sebelum saya tidur beg duit saya masih ada. di dalam beg duit saya terdapat :

1. kad pengenalan diri
2. lesen memandu kelas B2, D (P)
3. kad atm bank rakyat
4. kad atm bank islam
5. kad atm BSN
6. kad medical insuran


Tujuan saya buat laporan untuk rujukan pihak yang berkenaan bagi mendapatkan dokumen yang baru. sekian laporan saya..


kuceng : charge 2rgt buat report. haih. duit lagey ke???   T____T








Monday, December 28, 2009

1st day of pengkuliahan .

sem 2 dah pun bermula. 1st day.. hurm. quite okay lah kan. cumanya sem ni beratur klas start pukul 8. sem lepas kadang-kadang pukul 9 kadang-kadang pukul 10. nak bangun pagi dah 1 masalah. nak mandi pagi lagi la masalah.. sejukkkkk.. selalu kat rumah mandi lambat sikit. kalau mandi awal pun ada water heater. isk2..


tambah pulak la kalau dah bilik air ada 2, housemates pun ramai klas pukul 8 jugak. ishh.. perbualan di pagi hari selalunya..


ceng : oy farah, pelan la sikit air.
farah : aku punye air pun kecik ni.


masalah2.. *geleng kepala*
                                            ***
" amboi ili... mentang-mentang la 1 group dengan kila ek "


" cey ili.. dengan kila je ek "


" korang ni la.. bila dah berdua.. dengan dunia korang je ek "


sem ni macam best la jugak sebab 1 group dengan kila. hari ni banyak pulak berkepit dengan dia... ahaha.. korang nehhh.. dengan korang pun kitorang kawan lah. cumanya kitorang 1 group kann..


kuceng : aku tak tau cmane aku boleh tahan perangai kila. eh tak.. aku tak faham cmane kila tahan perangai aku  ;)



anak dara pagi raya.




Saturday, December 26, 2009

kila . zulhilmi . zarina

2 perempuan dan 1 lelaki. macam nak buat novel cinta tiga segi je kononnye ceng nehh. oh. tidak tidak. sengaja buat title post begini sebab kila buat name ceng jd title entry kt blog die. macam terharu dan rasa nak balas budi la pulakkk kann. *peluk kila*



kuceng dan kila


NUR AKILAH. dia ni seorang yang gedik dan kelakar. 1 kepala. 1 jiwa. 1 malaysia. wahaha.. tq kila ajar aku fiqh. ko tau kan aku lembab subjek ni. hehe.. pernah ceng cam sedih sangat pegi tepon kila menangis2. ah gedik sungguhhh!



ade nampak zarkashi sikit, emi dan kimi.


ZULHILMI.. dia ni poyo gilaaaa. suka tag ceng dekat pic bukan-bukan. sepuk karang nak? haihh. suka merepek meraban sama-sama dekat fb. kila pun sama naik jugakk merepek meraban tak tentu hala. ym ngan ceng suka gedik-gedik. bukan dengan ceng je. perempuan lain pun sama kottt. ahahahaha..



ceng dan zarina.


NUR ZARINA. manis dan naive orangnya. bila dia marah, x manis dahh. hehe. tak berkira sangat. bila kami sembang, suka cerita pasal masalah sendiri, masalah dunia dan juga masalah orang lain.. ahaha. bila pergi shopping, mesti kitorang punye taste kontra gila. ceng kata cantik dia kata buruk. dia kata lawa ceng kata euwwwwwwwwwhhhh! haha...


kuceng : oh ya. kila, zulhilmi dan zarina tiga-tiga orang budak kisas. baik korang kagum ceng kawan dengan budak kisas. ngueh2.

Friendship Quotes from dolliecrave.com

Tuesday, December 15, 2009

my mum is amazing. every mums are!




Lupakan sebentar lagu-lagu yg head-banging, korean pop dan sebagainya. ahah. i got this song from my sis. ogeh. lagu tentang seorang budak perempuan dan ibunya. (mood sedih tau)


     Pada suatu hari, ada seorang budak perempuan. dan dia baru bangun dari tidur. ibu dia ada di sebelah dia. membangkitkan semangat dia dan berpesan jgn bg org lain pijak dia. buat air panas utk dia, sebab mak dia kata sejuk dekat luar. kemudian, ibu dia hantar pergi sekolah.
     Lepas habis sekolah, dia tak sabar nak balik. sebab dia tahu ibu dia tunggu kat pagar sekolah dan juga sebab dia nak makan masakan ibu dia yg sedap. then, ibu dia cm suruh dia mandi. dorang main kejar-kejar dalam rumah sambil bergelak ketawa.
        Pada waktu petang, ibu dia cerita a tale of a girl far away who one day became a princess. budak perempuan tu gembira sangat. dia pun pejamkan mata. tidur.
      Bila pagi besoknya dia bangun tidur, dia tercari-cari ibu dia. dan dia tersedar.. dia tinggal di rumah anak yatim.


mcm tu lah kiranya cerita lagu tu. sedih kan? kalau baca lirik dia lagi sedih. pegi google cepat!


kuceng : ogeh. this is my mum. my mum is amazing!








I LOVE YOU !







dilamun cinta ye ceng?! eh. tade2. ceng just teringat tutor english ceng mase tamhidi sem 2 dulu, madam harieza. sangattt kecoh, best, sporting, baik.. tp dia bukan tutor usim. tutor luar. from ukm kalau x silap lah kannn.. dia seorang tutor yg sentiasa cuba mambuat proses pembelajaran interesting gyl.. * gyl ni membawa makna gila. korang kena baca dgn cara gedik dan lidah tergeliat * dan ceng pun agak aktif la jugakkk dlm kelas dia. kawan-kawan lain pun sama.kalau budak-budak laki datang lambat ke hape, mesti dia cakap... "MALAYSIAN GUYYYY. "  haha.


yg paling ceng ingat lah kan dia ajar pasal i love you.. (eleh ceng. bab cintan cintun memang kau suka!)


" the most interesting part in english ni kan, it plays with time. for example, if a guy said : I AM LOVING YOU , maknanya laki tu cinta awak sekarang je. esok tak tentu lagi. if a guy said : I LOVED YOU , maknanya dia pernah cinta awak dulu. if a guy said : I LOVE YOU , maknanya yesterday, hari ni, esok, lusa, tulat, tonggeng......  selama-lamanya dia cinta awak! "

kuceng : ok. i knew this is a simple english, playing with tenses. tp menarik kan bila dikaitkan dgn cinta! madam harieza, if you are reading this, i wanna say...






Monday, December 14, 2009

apo bas usim neh ?




ye. memang ko sangat tade keje ili sampaikan gamba bas usim pon ko nk upload kt blog. eh. suka hati lah. slalu nmpak bas ni dkat kampus je kan. ahah. mase ni dekat tol simpang pulai, perak. tekojot ceng lepas kuar tol tu ade bas usim kt dpan mate ni hah? kantoi ter-excited pulakkk. nk tgkap pic bas mase tu, x bawak fon pulakkk. eheh. berbekalkan hp sony ericsson mak ceng, dpt jugok la snap. wahahaa. ape kejadah keluar rumah x bawak fon?
pelbagai persoalan bermain di benak pemikiranku.. apakah yang bas USIM lakukan di sini? ayat spm bm a1. ngahaha. mase tu driver adelah mak ceng. kitorang nak g ipoh. ade hal hape entah, kelupaan. 
bas jalan terus, kami terus. lane kanan, kami pun kanan. die pegi kanan, kitorang terus. eh. bas usim pegi mane tuuu. oh. CAMERON HIGHLAND lah tuh!


kuceng : rasenya.. dalam semua ipta, usim je le bentuk kubahhhh. hahah. oh well. universiti sains ISLAM malaysia! phewittt! seaweeeddd!






Thursday, December 10, 2009

abang chik's wedding

phewww.. lega lah sudeyyy bile abis kenduri kawen abg chik ni. penat kemas kemas rumah, buat bunga telur bla bla. macam-macam lah.. kenduri kannnn... ahah. photographer baru datang malam tadi bagi cd gambar dan album. ogeh2. silalah tengok. jangan malu2.






kecoh semacam ya rabbi..

menyemakk gila ceng. dah la tudung mcm cacat. agaga.
tp comel kan? 


kuceng : oh. tinggal ceng sorg x kawen lagiiiii!!!