on teman :)

Tuesday, January 5, 2010

kerana sebuah mesej .


WARNING : post ini penuh emosi !!!

semalam kelas dr 8pagi. sampai 10malam. penatnyeeee.. dah la aku makan breakfast nasik lemak mase breakfast je.. lapaaaa gilaaa. semalam lepas ict pukul 10, aku pun pegi la kafe beli bubur nasikk dgn kila ngan am. penantian satu penyiksaan bukan? sementara tunggu order aku gi la fotostat result last sem pasal mak aku nakk.. am pulak tunggu kt kafe. aku g fotostat dgn kila. mase tunggu turn fotostat dah la ade nombor yg x dikenali tepon no celcom aku. dah tepon diam pulakkk. bila aku check balik no tu kt fon lagi satu... oh nombo mamat ni. dia tepon lagi sekali.. suara perempuan. sah. mesti awek dia. benci gila aku dengan perempuan tu boleh pulak suruh aku pegi mampos. kurang ajar betollll. ko tau tak aku knal balak ko tu lagi lama dari ko sejak sekolah rendah dan kitorang pegi tuisyen kat cikgu basri tapi dia datang naik bas aku pulak naik basikal. aku dapat upsr 5a tp dia dapat 3a 2b. oh ok. fine. ko memang suka memaki orang sebab mulut kau takde insuran kan perempuan! okeh. penat dan lapar. plus bengang. dapat pulak mesej ituuu. malu gilaaaa.... agak tersinggung pun ada. aku x cakap mesej kau salah. tp wrong timing!!! tambah pulak aku ni macam pms entah apa rasa nak marah semua orang! status kat facebook dgn ym pun dua-dua ayat nak sedih.

terima kasehhhh sahabat2 yg concern. Farahin Syaheera... thanx. your ym makes me cry.. dan juga membuat aku bersyukur sebab org tu tegur aku personally at least tak tegur aku depan org ramai.. kan? somehow your ym makes me smile too..

tp yelahh kan. mane la org yg tegur aku tu tau right timing ke wrong timing. ok. aku mengaku. aku yg salah sebab x sensitif benda2 camtuu. thanx sebab tegur tapi aku malu dan sedih. harap kamu2 yg tegur jgn lah terasa dengan post ini. saya lagi berat memikulnya, nak tambah dengan berat badan sendiri lagi. ahaha. x mampu.

kuceng : dahhh. jgn nk mesej aku komen post aku ni membuka aib sendiri ke ape. cik ili najwa's blog kan? bukan kau punya! wahaha... x jadi lah nak delete blog. best jugak wat tempat mengadu ;)


Monday, January 4, 2010

;'(






RASA MACAM NAK 
DELETE JE BLOG NEH..

;'(




sebuah mesej lagi .



malam ni.. sedang makan-makan bubur nasik (beli pinjam duit kila rm 1.50) , berkongsi dengan sufi (rumet ceng) ... tiba-tiba terdapat 1 mesej..


Slm..Weh gmb kt blog 2 xmanis la
erk.. ceng pun pada mulanya tertanya-tanya lah jugakkk kannn. apa yg x manis? setelah mendapat penjelasan baru lah ceng fahammmm.. mungkin bagi kita, kita rasa biasa jee. orang lain yg seorang LELAKI mesti la rasa x manis kann.


haihhh.. asyik kena tegur je beberapa hari ni. hek. takpe lah.. kalau orang tegur maknanya dia tengok kita. kalau dia tengok kita maknanya dia suka kita lah tuuuu... hek2.. thanx nway  ;)


kuceng : aduhhhhhh... termalu lagi sekali..
MALU!!! MALU!!! MALU!!! MALU!!! MALU!!! MALU!!! MALU!!! MALU!!! MALU!!! MALU!!! MALU!!! MALU!!! MALU!!! MALU!!! MALU!!! MALU!!! MALU!!! MALU!!!



http://emo.huhiho.com <- kesan terlalu malu buat kali kedua..

Wednesday, December 30, 2009

sebuah mesej

tengahari tadi.. ceng dapat 1 mesej. berbunyi begini.. ok fine. memang lah mesej tu x berbunyiii. ok. ulang balik. tengahari tadi.. ceng dapat 1 mesej. berTULIS begini..

Salam., em, ili, jgn ambk aty deh., juz nk gtaw., selendang td agk jarang., nampk tengkuk., kalu boleh, xpakai lg deh tdg cmtu., wallahu a'lam.. =>
ceng pun balas la..

Terima kasih tegur.  :)

ya allah malunyeeeeee... segan ya amat. tp jgn risau ek encik yg menegur. tak ambik aty dehhh. malu sangatt.. hurmmm. ceng suka cara dia tegur. berlapik je. kalau tegur direct, hari2 aku dok pakai selendang tu je lantak ko tambah dosa tengok aku pakai jarang2.  haha...  <- kurang ajar..  T__T


kuceng : rasa terharu sangat dan jugakkkk  
MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!! (echo)
Tuzki Bunny Emoticon<-  kesan terlalu malu sangat..

duit melayang .



penat gila hari ni. pegi canselori, pegi bank islam, pegi balai polis.. aik? balai? aha.. nak tau silalah baca. xnak sudahhh.. klik blah
                                           ***

haihh. pegi canselori. kena denda tak daftar online rm25. padahal dah bukak dah e-wadi tuuu. cumanya tersilap tekan link yang disangkakan link untuk mendaftar padahal bukan.  =___=
                                ***
pegi bank islam pulakkk. buat kad atm baru.

ceng                     : kena bayar ke kak?
akaq bank islam   : kena bayar tapi tolak dari akaun je..
ceng (dalam hati)  : entah berapa la dia charge?  %^&a}\&;*($#!
                                ***
lepas tu pegi balai.. oh ya.. masa tengah duduk nak tunggu turn report, ada seorang perempuan umur dalam 22-26 kottt.. dukung budak lelaki. kasehan. lebam-lebam perempuan tu. anak dia pulak kepala berdarah suami dia buatt. dah la mengandung 2bulan setengahhh.. haihh.

'masa nak kawen bukan main lagi pujuk rayu.. nak cari laki, cari yg baik-baik. suami isteri ni kalau gaduh mulut takpe lagi. ni kalau dah sampai pukul-pukul, bukan suami isteri dah ni,' sempat pakcik polis tu pesan dekat ceng, amni dengan kila.. ceng mengangguk saja.

lama betul tunggu.. tak semayang zohor lagi. pegi la surau kat balai tu.. akhirnya turn ceng pulakkk buat kaki retortt. eh tak. buat report.

pengadu pada 29/12/2009 jam lebih kurang 7.30 pagi semasa saya bangun dari tidur di alamat bla3, nilai, n9 saya sedari beg duit saya telah tiada dalam simpanan dipercayai telah kena ambil oleh siapa tidak tahu kerana semasa saya letak beg tersebut sebelum saya tidur beg duit saya masih ada. di dalam beg duit saya terdapat :

1. kad pengenalan diri
2. lesen memandu kelas B2, D (P)
3. kad atm bank rakyat
4. kad atm bank islam
5. kad atm BSN
6. kad medical insuran


Tujuan saya buat laporan untuk rujukan pihak yang berkenaan bagi mendapatkan dokumen yang baru. sekian laporan saya..


kuceng : charge 2rgt buat report. haih. duit lagey ke???   T____T








Monday, December 28, 2009

1st day of pengkuliahan .

sem 2 dah pun bermula. 1st day.. hurm. quite okay lah kan. cumanya sem ni beratur klas start pukul 8. sem lepas kadang-kadang pukul 9 kadang-kadang pukul 10. nak bangun pagi dah 1 masalah. nak mandi pagi lagi la masalah.. sejukkkkk.. selalu kat rumah mandi lambat sikit. kalau mandi awal pun ada water heater. isk2..


tambah pulak la kalau dah bilik air ada 2, housemates pun ramai klas pukul 8 jugak. ishh.. perbualan di pagi hari selalunya..


ceng : oy farah, pelan la sikit air.
farah : aku punye air pun kecik ni.


masalah2.. *geleng kepala*
                                            ***
" amboi ili... mentang-mentang la 1 group dengan kila ek "


" cey ili.. dengan kila je ek "


" korang ni la.. bila dah berdua.. dengan dunia korang je ek "


sem ni macam best la jugak sebab 1 group dengan kila. hari ni banyak pulak berkepit dengan dia... ahaha.. korang nehhh.. dengan korang pun kitorang kawan lah. cumanya kitorang 1 group kann..


kuceng : aku tak tau cmane aku boleh tahan perangai kila. eh tak.. aku tak faham cmane kila tahan perangai aku  ;)



anak dara pagi raya.




Saturday, December 26, 2009

kila . zulhilmi . zarina

2 perempuan dan 1 lelaki. macam nak buat novel cinta tiga segi je kononnye ceng nehh. oh. tidak tidak. sengaja buat title post begini sebab kila buat name ceng jd title entry kt blog die. macam terharu dan rasa nak balas budi la pulakkk kann. *peluk kila*



kuceng dan kila


NUR AKILAH. dia ni seorang yang gedik dan kelakar. 1 kepala. 1 jiwa. 1 malaysia. wahaha.. tq kila ajar aku fiqh. ko tau kan aku lembab subjek ni. hehe.. pernah ceng cam sedih sangat pegi tepon kila menangis2. ah gedik sungguhhh!



ade nampak zarkashi sikit, emi dan kimi.


ZULHILMI.. dia ni poyo gilaaaa. suka tag ceng dekat pic bukan-bukan. sepuk karang nak? haihh. suka merepek meraban sama-sama dekat fb. kila pun sama naik jugakk merepek meraban tak tentu hala. ym ngan ceng suka gedik-gedik. bukan dengan ceng je. perempuan lain pun sama kottt. ahahahaha..



ceng dan zarina.


NUR ZARINA. manis dan naive orangnya. bila dia marah, x manis dahh. hehe. tak berkira sangat. bila kami sembang, suka cerita pasal masalah sendiri, masalah dunia dan juga masalah orang lain.. ahaha. bila pergi shopping, mesti kitorang punye taste kontra gila. ceng kata cantik dia kata buruk. dia kata lawa ceng kata euwwwwwwwwwhhhh! haha...


kuceng : oh ya. kila, zulhilmi dan zarina tiga-tiga orang budak kisas. baik korang kagum ceng kawan dengan budak kisas. ngueh2.

Friendship Quotes from dolliecrave.com

Tuesday, December 15, 2009

my mum is amazing. every mums are!




Lupakan sebentar lagu-lagu yg head-banging, korean pop dan sebagainya. ahah. i got this song from my sis. ogeh. lagu tentang seorang budak perempuan dan ibunya. (mood sedih tau)


     Pada suatu hari, ada seorang budak perempuan. dan dia baru bangun dari tidur. ibu dia ada di sebelah dia. membangkitkan semangat dia dan berpesan jgn bg org lain pijak dia. buat air panas utk dia, sebab mak dia kata sejuk dekat luar. kemudian, ibu dia hantar pergi sekolah.
     Lepas habis sekolah, dia tak sabar nak balik. sebab dia tahu ibu dia tunggu kat pagar sekolah dan juga sebab dia nak makan masakan ibu dia yg sedap. then, ibu dia cm suruh dia mandi. dorang main kejar-kejar dalam rumah sambil bergelak ketawa.
        Pada waktu petang, ibu dia cerita a tale of a girl far away who one day became a princess. budak perempuan tu gembira sangat. dia pun pejamkan mata. tidur.
      Bila pagi besoknya dia bangun tidur, dia tercari-cari ibu dia. dan dia tersedar.. dia tinggal di rumah anak yatim.


mcm tu lah kiranya cerita lagu tu. sedih kan? kalau baca lirik dia lagi sedih. pegi google cepat!


kuceng : ogeh. this is my mum. my mum is amazing!