on teman :)

Wednesday, December 30, 2009

sebuah mesej

tengahari tadi.. ceng dapat 1 mesej. berbunyi begini.. ok fine. memang lah mesej tu x berbunyiii. ok. ulang balik. tengahari tadi.. ceng dapat 1 mesej. berTULIS begini..

Salam., em, ili, jgn ambk aty deh., juz nk gtaw., selendang td agk jarang., nampk tengkuk., kalu boleh, xpakai lg deh tdg cmtu., wallahu a'lam.. =>
ceng pun balas la..

Terima kasih tegur.  :)

ya allah malunyeeeeee... segan ya amat. tp jgn risau ek encik yg menegur. tak ambik aty dehhh. malu sangatt.. hurmmm. ceng suka cara dia tegur. berlapik je. kalau tegur direct, hari2 aku dok pakai selendang tu je lantak ko tambah dosa tengok aku pakai jarang2.  haha...  <- kurang ajar..  T__T


kuceng : rasa terharu sangat dan jugakkkk  
MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!!MALU!! (echo)
Tuzki Bunny Emoticon<-  kesan terlalu malu sangat..

duit melayang .



penat gila hari ni. pegi canselori, pegi bank islam, pegi balai polis.. aik? balai? aha.. nak tau silalah baca. xnak sudahhh.. klik blah
                                           ***

haihh. pegi canselori. kena denda tak daftar online rm25. padahal dah bukak dah e-wadi tuuu. cumanya tersilap tekan link yang disangkakan link untuk mendaftar padahal bukan.  =___=
                                ***
pegi bank islam pulakkk. buat kad atm baru.

ceng                     : kena bayar ke kak?
akaq bank islam   : kena bayar tapi tolak dari akaun je..
ceng (dalam hati)  : entah berapa la dia charge?  %^&a}\&;*($#!
                                ***
lepas tu pegi balai.. oh ya.. masa tengah duduk nak tunggu turn report, ada seorang perempuan umur dalam 22-26 kottt.. dukung budak lelaki. kasehan. lebam-lebam perempuan tu. anak dia pulak kepala berdarah suami dia buatt. dah la mengandung 2bulan setengahhh.. haihh.

'masa nak kawen bukan main lagi pujuk rayu.. nak cari laki, cari yg baik-baik. suami isteri ni kalau gaduh mulut takpe lagi. ni kalau dah sampai pukul-pukul, bukan suami isteri dah ni,' sempat pakcik polis tu pesan dekat ceng, amni dengan kila.. ceng mengangguk saja.

lama betul tunggu.. tak semayang zohor lagi. pegi la surau kat balai tu.. akhirnya turn ceng pulakkk buat kaki retortt. eh tak. buat report.

pengadu pada 29/12/2009 jam lebih kurang 7.30 pagi semasa saya bangun dari tidur di alamat bla3, nilai, n9 saya sedari beg duit saya telah tiada dalam simpanan dipercayai telah kena ambil oleh siapa tidak tahu kerana semasa saya letak beg tersebut sebelum saya tidur beg duit saya masih ada. di dalam beg duit saya terdapat :

1. kad pengenalan diri
2. lesen memandu kelas B2, D (P)
3. kad atm bank rakyat
4. kad atm bank islam
5. kad atm BSN
6. kad medical insuran


Tujuan saya buat laporan untuk rujukan pihak yang berkenaan bagi mendapatkan dokumen yang baru. sekian laporan saya..


kuceng : charge 2rgt buat report. haih. duit lagey ke???   T____T








Monday, December 28, 2009

1st day of pengkuliahan .

sem 2 dah pun bermula. 1st day.. hurm. quite okay lah kan. cumanya sem ni beratur klas start pukul 8. sem lepas kadang-kadang pukul 9 kadang-kadang pukul 10. nak bangun pagi dah 1 masalah. nak mandi pagi lagi la masalah.. sejukkkkk.. selalu kat rumah mandi lambat sikit. kalau mandi awal pun ada water heater. isk2..


tambah pulak la kalau dah bilik air ada 2, housemates pun ramai klas pukul 8 jugak. ishh.. perbualan di pagi hari selalunya..


ceng : oy farah, pelan la sikit air.
farah : aku punye air pun kecik ni.


masalah2.. *geleng kepala*
                                            ***
" amboi ili... mentang-mentang la 1 group dengan kila ek "


" cey ili.. dengan kila je ek "


" korang ni la.. bila dah berdua.. dengan dunia korang je ek "


sem ni macam best la jugak sebab 1 group dengan kila. hari ni banyak pulak berkepit dengan dia... ahaha.. korang nehhh.. dengan korang pun kitorang kawan lah. cumanya kitorang 1 group kann..


kuceng : aku tak tau cmane aku boleh tahan perangai kila. eh tak.. aku tak faham cmane kila tahan perangai aku  ;)



anak dara pagi raya.




Saturday, December 26, 2009

kila . zulhilmi . zarina

2 perempuan dan 1 lelaki. macam nak buat novel cinta tiga segi je kononnye ceng nehh. oh. tidak tidak. sengaja buat title post begini sebab kila buat name ceng jd title entry kt blog die. macam terharu dan rasa nak balas budi la pulakkk kann. *peluk kila*



kuceng dan kila


NUR AKILAH. dia ni seorang yang gedik dan kelakar. 1 kepala. 1 jiwa. 1 malaysia. wahaha.. tq kila ajar aku fiqh. ko tau kan aku lembab subjek ni. hehe.. pernah ceng cam sedih sangat pegi tepon kila menangis2. ah gedik sungguhhh!



ade nampak zarkashi sikit, emi dan kimi.


ZULHILMI.. dia ni poyo gilaaaa. suka tag ceng dekat pic bukan-bukan. sepuk karang nak? haihh. suka merepek meraban sama-sama dekat fb. kila pun sama naik jugakk merepek meraban tak tentu hala. ym ngan ceng suka gedik-gedik. bukan dengan ceng je. perempuan lain pun sama kottt. ahahahaha..



ceng dan zarina.


NUR ZARINA. manis dan naive orangnya. bila dia marah, x manis dahh. hehe. tak berkira sangat. bila kami sembang, suka cerita pasal masalah sendiri, masalah dunia dan juga masalah orang lain.. ahaha. bila pergi shopping, mesti kitorang punye taste kontra gila. ceng kata cantik dia kata buruk. dia kata lawa ceng kata euwwwwwwwwwhhhh! haha...


kuceng : oh ya. kila, zulhilmi dan zarina tiga-tiga orang budak kisas. baik korang kagum ceng kawan dengan budak kisas. ngueh2.

Friendship Quotes from dolliecrave.com

Tuesday, December 15, 2009

my mum is amazing. every mums are!




Lupakan sebentar lagu-lagu yg head-banging, korean pop dan sebagainya. ahah. i got this song from my sis. ogeh. lagu tentang seorang budak perempuan dan ibunya. (mood sedih tau)


     Pada suatu hari, ada seorang budak perempuan. dan dia baru bangun dari tidur. ibu dia ada di sebelah dia. membangkitkan semangat dia dan berpesan jgn bg org lain pijak dia. buat air panas utk dia, sebab mak dia kata sejuk dekat luar. kemudian, ibu dia hantar pergi sekolah.
     Lepas habis sekolah, dia tak sabar nak balik. sebab dia tahu ibu dia tunggu kat pagar sekolah dan juga sebab dia nak makan masakan ibu dia yg sedap. then, ibu dia cm suruh dia mandi. dorang main kejar-kejar dalam rumah sambil bergelak ketawa.
        Pada waktu petang, ibu dia cerita a tale of a girl far away who one day became a princess. budak perempuan tu gembira sangat. dia pun pejamkan mata. tidur.
      Bila pagi besoknya dia bangun tidur, dia tercari-cari ibu dia. dan dia tersedar.. dia tinggal di rumah anak yatim.


mcm tu lah kiranya cerita lagu tu. sedih kan? kalau baca lirik dia lagi sedih. pegi google cepat!


kuceng : ogeh. this is my mum. my mum is amazing!








I LOVE YOU !







dilamun cinta ye ceng?! eh. tade2. ceng just teringat tutor english ceng mase tamhidi sem 2 dulu, madam harieza. sangattt kecoh, best, sporting, baik.. tp dia bukan tutor usim. tutor luar. from ukm kalau x silap lah kannn.. dia seorang tutor yg sentiasa cuba mambuat proses pembelajaran interesting gyl.. * gyl ni membawa makna gila. korang kena baca dgn cara gedik dan lidah tergeliat * dan ceng pun agak aktif la jugakkk dlm kelas dia. kawan-kawan lain pun sama.kalau budak-budak laki datang lambat ke hape, mesti dia cakap... "MALAYSIAN GUYYYY. "  haha.


yg paling ceng ingat lah kan dia ajar pasal i love you.. (eleh ceng. bab cintan cintun memang kau suka!)


" the most interesting part in english ni kan, it plays with time. for example, if a guy said : I AM LOVING YOU , maknanya laki tu cinta awak sekarang je. esok tak tentu lagi. if a guy said : I LOVED YOU , maknanya dia pernah cinta awak dulu. if a guy said : I LOVE YOU , maknanya yesterday, hari ni, esok, lusa, tulat, tonggeng......  selama-lamanya dia cinta awak! "

kuceng : ok. i knew this is a simple english, playing with tenses. tp menarik kan bila dikaitkan dgn cinta! madam harieza, if you are reading this, i wanna say...






Monday, December 14, 2009

apo bas usim neh ?




ye. memang ko sangat tade keje ili sampaikan gamba bas usim pon ko nk upload kt blog. eh. suka hati lah. slalu nmpak bas ni dkat kampus je kan. ahah. mase ni dekat tol simpang pulai, perak. tekojot ceng lepas kuar tol tu ade bas usim kt dpan mate ni hah? kantoi ter-excited pulakkk. nk tgkap pic bas mase tu, x bawak fon pulakkk. eheh. berbekalkan hp sony ericsson mak ceng, dpt jugok la snap. wahahaa. ape kejadah keluar rumah x bawak fon?
pelbagai persoalan bermain di benak pemikiranku.. apakah yang bas USIM lakukan di sini? ayat spm bm a1. ngahaha. mase tu driver adelah mak ceng. kitorang nak g ipoh. ade hal hape entah, kelupaan. 
bas jalan terus, kami terus. lane kanan, kami pun kanan. die pegi kanan, kitorang terus. eh. bas usim pegi mane tuuu. oh. CAMERON HIGHLAND lah tuh!


kuceng : rasenya.. dalam semua ipta, usim je le bentuk kubahhhh. hahah. oh well. universiti sains ISLAM malaysia! phewittt! seaweeeddd!






Thursday, December 10, 2009

abang chik's wedding

phewww.. lega lah sudeyyy bile abis kenduri kawen abg chik ni. penat kemas kemas rumah, buat bunga telur bla bla. macam-macam lah.. kenduri kannnn... ahah. photographer baru datang malam tadi bagi cd gambar dan album. ogeh2. silalah tengok. jangan malu2.






kecoh semacam ya rabbi..

menyemakk gila ceng. dah la tudung mcm cacat. agaga.
tp comel kan? 


kuceng : oh. tinggal ceng sorg x kawen lagiiiii!!!


Monday, November 30, 2009

the very kecomelan amat sangat !



hyperbola sangat aih title ceng ni. ngahaha.. kinda  love  this picture. pic dgn anaks saudaras ceng. lame x jumpe mereka2. 
from your right : anis zahra' , aini zulfa , aisyah nabiha ... aha.. yg shawl itam tu comel gilerk ah.. ngueh2. (gedik sungguh perempuan ni )


FYI , anis dgn aini ni kembar tahun. means dorang lahir tahun same. tp bulan lain2. anis bln feb 2005, aini plak dis 2005.

kuceng : habis xde menda nk update ke ceng oiiii.. huoh2.

Thursday, November 26, 2009

LSP?!!!!

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR TAHUN 1 PROGRAM SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN
SESI 2009/2010

LANGUAGE SUPPORT PROGRAMME 2 (ARABIC & ENGLISH)

Dimaklumkan bahawa ALSP/ELSP 2, Sesi 2009/2010 akan diadakan pada 1-8 Disember 2009.

Sehubungan itu, mana-mana pelajar yang ingin membuat penangguhan (dengan alasan yang kukuh) atau permohonan untuk mengikuti program (melibatkan pelajar yang menangguh/terlepas program pada sesi yang lepas) supaya mengemukakannya kepada pihak Pusat Pengajian Umum selewat-lewatnya pada JUMAAT, 20 NOVEMBER 2009 untuk tujuan pengemaskinian kumpulan pelajar. Permohonan yang diterima selepas itu tidak akan dilayan sama sekali.

Semua pelajar Tahun 1, Sesi 2009/2010 adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri secara penuh kedua-dua program tersebut. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila berhubung terus dengan
Pusat Pengajian Umum.

Terima kasih.


“BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA”

Dikeluarkan oleh:
Pusat Pengajian Umum
Universiti Sains Islam Malaysia ...            

                                                          *****


erghhhhh.. ape la kekdahnye die buat program tngah2 cuti ni. ceng baru je bukak e-wadi td. mati la selewat-lewatnya 20 nov.. ni pun dh 26nov. tape2. bsok ceng try jugak call ppu. harap2 la dorang boleh consider lagi. serius lah x dpt datanggg... abang nk kahawen lor.. 28nov kat alor star, belah perempuan. 6dis kat bidor, umah ceng. (sape2 yg tatau bidor tu kat ceruk mana, sila google oke.) baju dah siap. tudung dah beli. huuuuuu...

kuceng : dah nak kawen abg aku yg sorang ni eh.. jemputla datang kt umah ceng!


Wednesday, November 25, 2009

barang baik.

testis testis. eyh. testing testing. (bhaha..tiru ayat kak cemal)

cewoh. apa ke benda ah title post. barang baik? apakah? barang baik tersebot bukanlah ON PANAS or ON AWEK or ON LAMPU cm yg korang fikirkan. ngueh2. sebenarnye.. barang baik tu adelah spec baru ceng. bosan lah spec lame. hek2. duit jpa dh masuk. so... ape lg. rambang mata lah jadinye. sume benda nak. haish. napsu napsi btol. aha.. actly syu ngan aisyah suruh upload pic dgn spec baru. sbb aritu kuar dgn dorg. tp dorg ta sempat tngok spec baru ceng. aish. segan lah. nanti3 eh!


kuceng : saje nk cakap, ade spec baru. anda bila lagi?

Tuesday, November 17, 2009

sesudah EXAM !



beginilah keadaanya lpas abis paper.. paper ape ek? lupe2. yg pastinya bukan paper last la. sume nak rebut2 kluar. pintu dah la kecik tu je. orang ratus ratus nak ke ribu. haihhhh.. xpe2.. kite abaikan mereka. phew3.. lega rasanya dah abis exam. rase cm lapang je. lapang? haih.. 
lapang sangat SANGAT SANGAT! 
sampai xtau nk buat ape.


 
maka, ceng dgn sufi dan aisyah pun main la S N A P !  ahaha. sungguh x ade keje la ni. bosannye. asek menang je. hak2. setelah bosan2 dok main benda same je.. tibe2... game SNAP tu btukar mjadi game yg agak menguji kesabaran. tadaaaaaa!!!


 
mungkin bg korang biasa je kot main benda ni. apelah ceng ni. tu pun nak masuk blog ke? eh. suke hati lah. sbb trase benda ni agak interesting buat ceng.. hik2. last main pun mase kecik2 dulu. lepas skola agama, nk tunggu turn ngaji.  :)




                                                                                                              
kuceng :      A U C A K !








Monday, November 16, 2009

HAPPY BIRTHDAY!

sori3.. lame x update. mesti korang cm agak tensi kan. bukak2 blog ceng je.... 'alih2.. benda yg same je. bile la nk update perempuan ni?'  cewah. padahal korang x kate ape2 pun.. ceng je yg perasan lebih2.. ahaha.. tp idak le ceng perasan kn. kalau x, zarina ngan emi x tegur. HAHA!


ok2. bebalik lah kepada title post ni. oh ya... besday ceng lpas dh. 3 nov aritu. tp baru skarg ade mase nk post. haih.. cerita 2 minggu lpas dohh.. tp ceng nk post jugak! sbb ceng sangat appreciate mereka2. muah muah!


baiklah.. malam 3 nov tuh memang ceng bz la study. xpe lah... x kesah pun kalau org x wish. bkn budak kecik lg dah. lg pun sume org tgh FINAL MODE. eheheh.. skali.. bertubi2 msg masuk wish besday. thanx sangat lah korangs! 

muah! muah!!

muah! muah!

muah!!!

 pagi birthday tu.. sdang khusyuk ceng study... tibe2 plak ade org sentap earfon ceng. aih. berani btul! siapakah? ceh.. rupenye rumet ceng. hek2..


t h a n x   s u f i   4  t h e   c o t t o n   c a n d y  .  ;)
t h a n x   s u f i   4   t h e    K F C   :D
 
sbnanye.. ceng ade share birthday dgn lg sorg kwn ceng. <- apahal mcm comlicated je ayt aku neh.ah lantak la.. happy birthday EFFDIANA HADEF! happy birthday to US! tghari 3 nov tu, ade la jugak celebrate kt KFC Nilai. (keje makan KFC je aku neh.)  heheh.. tape2.. sume balak eff yg blanje. thanx 4 da treat!


j e m p u t   m a k a n !

habis makan2 tuh... nk balik lah kn.. sume dok kecoh2 je kt tmpat parking tuh.. eh.. tibe2.. apekah yg berlaku ni? kecoh2 sgt semacam? SURPRISE!!!


 

walaweyyyyy... korangs neh. bikin syahdu + terharu la! ade hadiah2 pulakkkkkk... hek2.. saye malu lah nk ambikkk. hek2..



     thanx! thanx! thanx!



                                                                                                  

special thanx to : 
 K I L A   Z A T I   A M N I   A N I S   
I K A   H A N N A N   B E L L A   
A N A    S  U  F   I 
E  F  F  dan  juga A A B I D  !


Tuesday, October 20, 2009

seremban ouh seremban.

phew... ari jumaat aritu, lpas kuliah TITAS, around 10a.m, x breakfast lg, ceng g somban. dgn akila.  nk pegi maxis centre. sim broadband hilang maaaaa.. 
"cm pelek je...apehal plak nk hilang kn. elok je sim tu kat modem tuh. aman damai je kn kt situ... " 


hehe.. biasalah tuhhh.. org gatal tangan kan. mane tak nye.. dua taik lalat kt tangan kanan. dua taik lalat kt tangan kiri.  (ade kaitan ke? :P  )


fuhhh.. mmg gile adventure lah g somban. mane x nye.. dah la ta bape tau jalan die kan. tp syahir ade la gk lukis peta utk ceng. malangnye maxis centre yg ekau tonjuk tu x wat servis replace sim broadband~~  tpakse la ceng drive ke maxis centre laen, di seremban juga.


masih lg x breakfast..


isk2. cuak gile. ade skali tu ceng gi masuk one way. kena patah balik. mase bz cari jln kt pasar besar tu.. ceng cm nak terlanggar orang. ngek gila. dah tau org nk jln, jgn la melintas! nak terlanggar motor pun ade.. pe kebenda ntah aci tu maki ceng. tp nmpak la die mcm marah.. ceh..die tu yg bawak motor kt belah kanan. kn kila kn? nk marah2 ceng plak.. dush2.


at last... jumpe la jugak maxis centre. tp... nk parking 1 hal. teringat syahir cakap..


"kt sane parking susah sikit.ko pegi la bandar mane2 pun..bandar mane yg x susah nk parking.."
begitulah amanat beliau.bkn susah sikit. BANYAK susah la nk parking.jauh ceng parking. tempat pun agk sunyi. cm lorong2 sempit.erk.. lantak la. menuju ke maxis centre...
simple je..isi borang sim card replacement..pegi kaunter.bg ic..done! dpt dh sim~


breakfast x lg.dh pukul 1...


kila : ili, lapa la. jom mkn kfc.
ceng : alah...aku x suke la kfc.
kila : ko nk mkn ape?
ceng : nk mkn nasikkk...


gedik sunggoh ye cik ili. nk nasik2 pulok. eheh. tp kitorg mkn kfc gk. no choice. kfc je pling dkat..
maka... kami pun berKFC lah. utk breakfast. dan juga lunch. 
abis je mkn, hujan turun. lebat sangat! gile ape. tmpat parking dh la jauh. nk tunggu?mcm lmbat lg je nk reda hujan ni...
luckily...ceng pakai sweater dr kuliah td.



mcm sweet sangat. awwwwwww.... kitorg redah hujan. xde payung. gune sweater je.. ahaha. 
'sumpah aku xkn lupe mase kitorg lari dlm ujan tu. lenjun. kelakar..'


nk balik nilai pulak.. ujan lebat gila. salah jalan pegi mane ntah. dh la ceng mcm nk kena langgar! gile lah..kena hon. haha.
takut la jugak.. tp kelakar gila kn kila.


dh masuk highway...baru la rase leh bnafas sikit. kila tidur. penat kott dgn ceng. hehe.
thanx kila sbb temankn. walaupon ko ade xm mlm tu kan... isk2..


*kuceng : tobat la ceng nk ilangkn lg sim tuuuuu!


Thursday, October 8, 2009

;D

hari ni kan..




SAYA SANGAT MACAM 
GOOD MOOD! hihi.
;D


kuceng : aish..bkn snang tau nk tgk ceng x mencebik muke sehari!



hiba.sedih.gundah.

semalam ceng sembang dgn paen...ceng nk quote dr die...

hati aku cuba terima. 
tapi otak aku lawan balik.

sangat agree wif u! kite same2 bersedih kan.bkn kite x cube terima mereka2.


kuceng : isk2. rabak aih mata aku lately!

Thursday, October 1, 2009

menjelma.

wehoo.. lame x hapdate kan. bz lah. xdak mood nk blogging. hihi. btw... nk kongsi pe yg ceng buat dis week smpai bz sgt la kununnye. hehe..



raye ke4 : ni raye dgn kawan2 kt kampung.  :)














27 sept : ni plak raye dgn kwn2 kt usim .hehe.












28 sept : informal reunion dgn bdk2 skola.
sunway pyramid.
















30 sept : jumpe kak cemal. rinduuu!













rajin kan ceng jumpe org. hehe. btw.. sayangsssss korangs!

Friday, September 25, 2009

terkena!

mase 1st day raye aritu, ceng dgn family akak ceng (dgn suami n anak2 die) dlm Toyota Avanza. sedang kami asyik berjalan2, ank sdara ceng (aini zulfa) ternampak sebuah keta. which is Honda Stream kelabu..

kak ngah : eh! kak ngah nmpak macam Grand Livina lah!
( excited jmpe Grand Livina pasal tok wan die gune keta 2 )

cik ili : eh.. xde lah. ( ceng membalas dgn sore yg comel oke. budak2 kan~ )

kak ngah : eh.. macam je. kak ngah ckp MACAM je.

akak & abg azwan : HAHAHAHAHAHA..

ili : adui.. terkena aku..


serius sgt klaka oke mase ni. dah la kak ngah tu baru 4 thun. comel je suare. ceng plak bajet2 comel lah kn. nk layan budak. pandai die exploit perkataan MACAM tuh! geram2...  :p


nissan grand livina and honda stream.
MACAM KAN!







Thursday, September 17, 2009

AL QURAN dan KITA.

berapa ramai di antara kita,
yg tahu membaca al Quran?

sudah tahu,
tidak pula membacanya,
sudah membaca, 
tidak pula memahaminya,
sudah memahami, 
tidak pula mengamalkannya,
sudah mengamalkannya, 
tidak pula menyebarkan kepada org lain...

kita berada di golongan yg mana?
membaca? memahami?
mengamalkan? menyebarkan?
atau...
kita tak ambil peduli?






Ya Allah berilah kekuatan pada kami untuk mengamal segala perintahMu dan menjauhi segala laranganMu....kekalkan kami dlm hidayahMu...

Sunday, September 13, 2009

meriam tanah abangku.

semangatnye nk raye cik ili oy!!! pose pnuh x. haha. 

sebenarnye,,, smlam... ceng teringat mase kecik2 dulu. abg ceng pnah buat meriam tanah kt laman rumah. ngeh3. tp meriam simple2 je. kecik je. gune tin nestum dgn gumpal2 surat khabar dgn plastik. hihi.. kitorang main mase mak dgn abah xde kat umah.. *kalau ade.... mati laaa*.. nnt kalau kitorg nak stop main, kitorang kambus balik meriam tu. bijok btol la abg aku yg sorg neh.

mmg best lah kan. abg ceng la mastermind sume2 tuh. ceng jd tukang sorak jee.. sepandai-pandai tupai melompat akhernya jatuh ke tanah jua.. *cewoh. berperibahasa lah pulok ye. aha. salin2. ltak kt dlm buku nota ye*.. rupe2nye.. jiran ceng report kt mak pasal kitorg bising2 main meriam.. ahaha. mane tak nye. main tyme tghari. org nak berehat kan. hihi. ya ampun. SELAMAT HARI RAYA MAKCIK POZIAH!


* kuceng : rindu saat ituuu. abg cik dh nk kawen raye haji  ni. ish.



Wednesday, September 9, 2009

iftar jamaie!

aha. td ade iftar jamaie (bukak pose ramai2 ye buat sape yg tatau)  pelajar tahun 1 fakulti syariah & undang 2009/2010. mcm agak best lah jugak kan. mkn ramai2 kann.heheh.



sebelum bebuka.. ade tazkirah dulu. pengisian sikit.
:)

mereka2 lagi. x saba nk bukak pose ye.


belum buka lg. edar2 dulu kurma, kek pisang
ngan aer bandung.. 


lepas mkn tuh.. solat maghrib bejemaah.
salam2. tegur sapa. eratkan ukhwah.
cewohhh.



menu : nasik tomato, air bandung & buah tembikai.
yummmyyy!!!



gotong royong. bersihkan foyer.


*kuceng : makan mmg BEST!


Tuesday, September 8, 2009

informal reunion.



esh.lame ye x  hapdate. hehe.sesori.. bz2. hehe. ni pic    kitorang bukak pose same2. dngan kwn2 skola dulu. qayum (bdiri 2 dr kanan) da nk blayar. ALAM lah katekannn. weeewitttt.. 2 pasal lah nk iftar same2. same2 lah kununnyee kan. sampai2 burger king, mereka2 budak lelaki tuh da bebuka dulu. burger pon da tgal sekerat. chaittt..

 mmg sangaattt teruja lah jugak jumpe kawan2 lame. yg paling best bdak laki ar. aish. sdap ye ngumpat2 org. lg hebat dr org perempuan!