on teman :)

Wednesday, March 31, 2010

penyakit malas

 masa ni tengah berfikir. ceyyyy..

eh. pernah tak korang kan masa mula-mula sekolah menengah dulu kan masa tu form 3 kan, rasa macam malas gilaaaaaa? lepas tu bila masuk form 4, pada awal tahun, ada tak korang berjanji pada diri sendiri dan taubat nasuha lah tak nak malas-malas dah? berazam gila-gila nak siap kerja rumah on time kalau boleh sebelum tarikh last dah siap? mula-mula memang rajin ah tak malas-malas, kerja rumah siap dua tiga hari sebelum cikgu mintak, lengkap dengan ulang kaji sejarah buat nota dalam kertas a4 yang dilipat dua. fewwhhh. excellento gila korang kan.

tapi bila datang hujung tahun, jangankan nak siap on time, malahan lewat seminggu nak hantar. nak buat nota sejarah jangan harap la, sentuh kulit buku pun tak. kenapa tak siap? sebab diorang cakap honeymoon year tapi aku pelik sebab honeymoon untuk orang dah kahawin.

lepas tu dah form5.. tahun tu nak SPM. pada awal tahun sekali lagi korang berazam. "aku nak study gila-gila sampai aku gila sebab aku memang gila ah nak dapat straight A's." eceh. poyo. azam bertahan untuk 2-3 bulan. bila dah pertengahan bulan rasa macam tak larat nak study.. hinggalah dua ke tiga minggu nak SPM baru tersedar subjek ada 12, setiap subjek ada 13 bab, setiap bab ada topik-topik kecik lagi. masa tu memang gila dah.  =____=

cerita tak terhenti setakat form5.. malah berterusan sehingga peringkat asasi. dan degree.. cuma bezanya dah tak pakai uniform sekolah dan kemalasan bertambah setiap tahun. ekekekeke..

 akhirnya tidur. zzZZzzzzZZZzzZZZZ

kuceng : ni bukan kisah ceng eh. ni kawan ceng yang cerita tauu. hueh2. oh ok fine. mengaku la ni memang kisah diri sendiri  :P


3 comments:

zara_alia said...

aku juga begitu.....dah la masalah,mls...tmbh dikelilingi ngan bdk2 kecik(xmtg)...ag aku jd mls...ha???hahha

.::annemishi::. said...

pergh... aku pun sama..

siyes..

tiap2 tahun cam tuh.
huhu

k u c e n g said...

kila : wahhh.. matangnya andaaa...

anneh : heheh. adat la tuhhh...