on teman :)

Tuesday, November 2, 2010

bertudung

'eh, tak panas ke hah bertudung?'
'tak up-to-date la kalau pakai tudung'

kenapa perempuan bertudung?
fine, cuba tengok emas permata berlian semua. ada orang biar dia berselerak macam tu je? tak kan? semua pun simpan bertutup kan kan kan.. samalah jugak. aurat kita ni berharga dan biarlah orang yang berhak je dapat lihat ;)
*ceh,macam perasan bagus sangat plak aku ni*

fesyen bertudung dengan tuala memang sangat hot sekarang.
=.=!!
rindu nieces :'(

Wednesday, August 18, 2010

miahaha. kuceng kembali.

ok fine. berkurun tak hapdet gile bersawang blog ceng neh. last post pun bulan lepas. nak kata busy, tak lah sangat. ermmm.. mungkin busy lah jugak kot. busy main game, mafia wars 36jam sehari. astaghfirullahalazim *geleng kepala* taktau nak cakap cemane yang mafia wars tu boleh jadi sooooo addictive. memang dia bukan game 3D yang boleh tembak orang betul-betul yang boleh nampak action orang tu. penat hakuh nak menjawab orang yang tanya "pekebende la yang best sangat mafia wars tu? aku tak nampak tang mana yang best pun?" adoihhhh.. sukati akuh la nak maen ape pun. atau dalam bahasa zimbabwe, sape yang main dia la yang feel terlebih. heheh. feeling neh.

sejak main mafia wars neh *tone syahdu*, memang boleh rasa la betapa jatuhnya result ceng sekarang. result maintain sesaje. maintain menurun. bukan tak try nak kurangkan main mafia wars, tapi asal jauh je 1 hari terngiang-ngiang je energy pack yang tak guna. ish. rugi-rugi. sehari tak naik level. muahahah.. memang dah try nak kurangkan main tapi asal bukak fb, pegi home je ada orang post iced iced la, mintak supply la, mintak tolong job la. muahahaha... maka tangan ni sungguh gatal nak klik. haha.memang padan la dua taik lalat kat tangan. sungguh gatal tangan.

walaupun begitu, sejak ceng maen mafia wars, ceng dapat la gak kenal-kenal dunia mafia wars malaysia neh. haha. dulu gile strict ah taknak approve orang yang tak kenal jadi friend. tapi sebab ada satu peristiwa tu ada orang kata ceng sombong. dia cakap, "kalau dah main mafia wars tu anggap la mafia-mafia ni macam satu family"... gile down ah pastuh sampai rasa taknak main mafia wars dah. haha. tapi sekarang takde strict sangat dah. kalau tak kenal tak approve, tapi kalau main mafia wars.... ok lah. approve lah. satu family kan. cewah.

begitulah kehidupan mafia saya. jangan risau. ceng mafia virtual je. di dunia nyata, oh sungguh sopan. bye. entah bila aku nak hapdet blog lagi pasni.

Sunday, July 11, 2010

i can be both !

kekeliruan identiti ke hape aku neh? 

bila ceng post love quote kat status fb, berangan nak jadi princess =____= , main game fashion kat barbie.com, suka warna pink... korang kata ceng gedik.

ok fine. ceng main mafia wars. biar penuh wall kat profile dan home korang dengan post mafia wars nak mintak tolong job, supply part bagai... korang kata ceng ganas dok main mafia-mafia je. ok fine lah lagi, ceng qiam 2.30 pagi semata-mata tengok bola. korang tak kata apa-apa, memang adat world cup macam ni. eheh.

i am quiet, i am such a noise,
i am sad, i am happy,
i am a bad girl, i am a good girl,
i hate you, i love you.
oh, rupanya ini bukan kekeliruan identiti! 
i just can be both!!!
boleh jadi cantek,

 juga boleh jadi hodoh =_______=
masa ni baru lepas breakfast kat kafe, makan gula-gula, buat gigi orang tua.

kan dah cakap. I CAN BE BOTH :)


Tuesday, July 6, 2010

the beauties.

ini entry ngada-ngada.





i googled princess wallpaper image. ahhhh!!! lovely disney princesses wearing gold gown!!! i think i do resemble Cinderella because i do house chores. is there any Prince Charming out there will come and give a glass shoe? oh ya... make sure it is size 8. only then it will fit to me.

haihhhh. banyak sangat perkataan will neh. nampak sangat x pasti berlaku.
nyampah je ili ni. suke perasan nak jadi... ( tengok bawah )





hehe. ade yang tak nak ke pun??? kalau anak raja minang ko, ko nak tolak?



Saturday, June 26, 2010

abang-abang

yeehaww! ini bukan kesah cik abang sayang ke hape eh. ni pasal abang ceng ni ha. tak tau la nak cakap kategori comel ke ape. tapi hati ceng cam tersentuh woooo.. *geliii*

ceng ingat lagi masa tu dekat stesen ktm padang jawa nak balik nilai. semalaman lepak UiTM Shah Alam, kat bilik Adlina. boleh pulak masa tengah tunggu tu Abang Chik telefon. video call siap. jadi, bila angkat video call tu terus loudspeaker la kannn. dah angkat tu, Hello tidak, bagi salam apetah lagi.

" oooooooooooo... gi jumpe boyfren eh!!!! " tuduh abang ceng. sebab masa tu bersiap cam nak gi jalan-jalan.
" oi. mane ade la. ni apse kamu tepon neh? " ceng cakap dengan loghat peghak ah kan.
" saje je tepon... " balas Abang Chik.

" ekelehhhh.. baik tapyah " *dalam hati, ceng terhaghu kotttttttttttt!  MyEm0.Com lebih kurang camni la muka terharu tu. mataku berkaca-kaca bahagia.
eheh. tu Abang Chik. ni plak tadi Abang Cho pulak call. masa tu nak gi amik wudhuk dah ni. Aisyah jerit.... " Ili!!!!! Abang Cho!!! " sebab ceng save nama dia Abang Cho <3 .. cewahhh. love love siap. family memang ceng buat <3 eh.

abang cho : kamu kat mane ni?
ceng : kat nilai. name? kamu kat mane?
abang cho : abang cho kat padang beso ( Perlis ) ni.. beli t shirt kat abah. ade gambo tuk tuk.
ceng : *aku x paham apsal dia cerita kat aku* ooooo.. nape je tepon?
abang cho : saje je tepon...
ceng : cheyyyyyyyyyyyyyyy... saje je? x sangka la Cho kamu tepon sebab saje-saje je. haha.
abang cho : ekeleh.. kenape? *lepas tu terus sembang dengan repekan tentang game*

benarlah kata peribahasa Melayu. air dicincang takkan putus. atau dalam omputehnye... as the saying goes, blood is thicker than water. cheyyyyyy..


Saturday, June 19, 2010

membaca jambatan ilmu .


bila cakap pasal membaca jambatan ilmu ni, teringat pulak masa tamhidi ( asasi ) dulu ceng ada masuk pertandingan menulis esei Bahasa Arab. masa tu lepas sembahyang zohor, ceng ada nampak iklan pasal pertandingan tu kat papan kenyataan. macam tertarik pulak nak masuk. ada banyak tajuk pilihan tapi ceng saja pilih tajuk   ' القرأة طريق علم '  sebab macam senang. macam je lah. 

maka, berhempas-pulas lah mencari isi dan dalil-dalil dari al-quran dan hadis untuk tajuk tu. tak sangka pulak la boleh menang nombor 3. entah-entah tiga orang je kot yang masuk pertandingan tu. ahahaha! 

tak kisahlah. yang paling best masa pergi interview yayasan Bank Rakyat hari tu, bila dia tengok sijil tu terus dia macam terkagum, " oh, pertandingan esei bahasa arab ye ni? " ceng pun jawab, tak nampak ke tu dia tulis apa. eh tak tak. ceng senyum dan angguk saja.

jap nak share sikit. dalam esei tu ceng ada letak satu hadis.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم 
  (( من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له به طريقا إلى الجنة ))
رواه مسلم

yang bermaksud : Barangsiapa yang meniti suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah memudahkan untuknya jalan menuju syurga.





jadi, nak cakap kat sini. membaca bukan sahaja kunci untuk mencari ilmu. bahkan kunci menuju ke syurga. InsyaALLAH. tapi ikut jugak la bahan bacaan tu. jangan la pulak pegi baca benda bukan-bukan. semoga post ini boleh menyemai minat anda untuk membaca. ahah. yang tuan punya blog ni pun. sama dengan jeeee. liat sikit bab baca membaca ni. hihi. 

-
-
-
-


kan dah terkeluar gambar poyo sorang-sorang.

Monday, June 14, 2010

selsema piala dunia .

ceng takde eh nak demam-demam piala dunia ni macam sesetengah orang tu. sehari 3 game, semua sekali dia balun tengok. perghhh. wa saspek sama lu derrr. bola itu memang bulat. eh tak. bola itu memang sfera. awal-awal lagi mexico dah seri dengan south africa padahal south africa tu bukanlah favourite team pun yang mana mexico memang patut bantai habis-habisan biar south africa malu wohhh kalah tempat sendiri. tapi ada aku kesah? *hembus nafas*


nampaknya ada jugak orang yang baca post ceng yang bertajuk baju pun boleh jadi haram kalau.. yang mana ceng cakap pasal jersi liverpool, manchester united, portugal, england. boleh ke kalau pakai jersi nama arak? boleh ke pakai jersi lambang setan merah? boleh ke pakai jersi lambang salib? sila baca post tersebut untuk dapatkan jawapannya ye kawan-kawan.

terima kaseh kerana sudi jugak la buat blog persendirian ni jadi rujukan kannn. bukan apa. orang kalau dah berilmu, kita jangan kedekut. kasi tau jugak la kat orang luar sana. eh. argentina jangan nak menang eh world cup 2010. tak senggup tengok maradona.... yekkkk!!!!!!

Sunday, June 6, 2010

penyejuk mata .

Abe Syara *single
Adib *single*
Aran *single*
Asyraf *married*
Azhar *single*
Hizbur *married*
Miril *single*
Nuri *single*
Syakir *single*
Taufek *engaged*


gedik gila kottt nak bagitau nama dengan relationship status je. ehhh... penting tuuuu... inilah 10 calon imam muda. smart kannnn? aik. cari imam pun nak buat program realiti ke? nak jadi ketua untuk solat je pun. if itulahh yang ada dalam pemikiran korang, korang silap. jadi... siapakah imam?
"imam ialah orang yang menjadi ikutan. beliau bukan sekadar untuk mengerjakan solat tetapi beliau juga menjadi ikutan seluruh masyarakat. " - pengacara Imam Muda, Haji Dzul Karnain Hamzah .
siapalah ceng kan nak buat laki camni jadi suami kan. *ceyyyy.* jauh sangatlahh kriteria. tapi.. SALAHKAH AKU MENGAGUMI MEREKA? SALAHKAH? SALAHKAH? SALAHKAH?

tidak bukan *tiba-tiba jawab sendiri*

Wednesday, June 2, 2010

kerana mulut itu .

kerana kata-kata lah, manusia bisa jatuh cinta. *ceyyy..intro nak jiwang saje* abaikan. peribahasa Melayu banyak yang kata pasal mulut.. "kerana pulut santan binasa, kerana MULUT badan binasa" ,,, "biar pecah di perut *aduiii* jangan pecah di mulut".. "terlajak perahu boleh diundur, terlajak MULUT  kata buruk padahnya" nak lagi? mulut tempayan, buah mulut, manis mulut, keluar mulut kambing masuk mulut buaya... ok. enough. 

payah betul la kalau jumpa orang yang mulut takde insuran ni. ceng ngaku la kan, mulut ceng ni memang kepoh. dalam kelas diam, luar kelas.... *jangan bayangkan* tapi ada ke ceng perli kawan ceng depan ramai orang? contoh macam ni, " eh, baju kurung kau ni... kain dia beli siap dengan payung ke? sama tone nampak " ATAU " nak tak kertas pasir untuk muka kau? " ATAU " kau nak tak makan ayam ni, aku tak larat la, kau kan kuat makan " ATAU perli lelaki lembut budget macam dia tu jantan sangat. pffffttt. annoying! dialog atas tadi bukan ceng je kena ye. ramai lagi kawan-kawan ceng kena sekali. masa mula-mula ceng kena, memang ceng boleh gelak sekali. tapi kalau dah banyak kali, memang ceng boleh senyum.. BUT MY SMILE IS FAKE!!!

masa ceng dengar dia perli kawan-kawan ceng.. ceng tahu kawan ceng tu malu tapi takkan la dia nak lawan balik kan. maka ceng pun back up la.. " ko ni... tak baik laaa.." *tu je la yang mampu* tapi sebenarnya nak cakap macam ni >>>
"erghhh.. geramnyaa.... jagalahh sikit hati kawan kita tu. terdiam kawan kita tu bila kena perli. tapi kau tak tahu betapa hati dia menangis. takkan sampai air mata tu dah mengalir depan kau... baru kau nak pujuk rayu minta maaf bagai!!!!! "   *emosi*
dah lah...penat dah ceng menambah dosa kering kat sini. ingatkan ceng sorang je yg rasa macam ni dekat dia. tapi pagi tadi ramai pulak report kat ceng pasal dia. yes!!! ceng ada supporters!!! pengajarannya di sini... mari kita lihat muka kita sekarang. korang ada dua mata kan? dua telinga kan? tapi satu je mulut kan? kenapa??? tu maknanya, Allah suruh kita banyakkan melihat dan mendengar supaya kita jadi orang yang luas pemikirannya, tapi, satu mulut supaya kita tak banyak bercakap. eh jap. lu ada otak kan? lu pikir lah sendiri! gua penat dah pikir pasal masalah hati dan perasaan ni. bye.

jangan bermulut longkang,
nanti takde orang sayang.
salam sayang,
ili najwa
xoxo
<3 


Wednesday, May 26, 2010

kuceng berhibernasi

hibernasi adalah cara haiwan merehatkan diri bagi menghadapi musim sejuk. ok fine lah sangat. Malaysia mana ada musim sejuk. serius ceng malas nak update blog. macam dah takde cerita dan idea nak tulis apa. maka diumumkan, cik ili najwa's BLOG berehat seketika.

maka, cik kuceng pun tidur
 (eleh, nak yang comel saje je ko ni kan ili )


OK OK. KITA TUKAR
-
-
-
-
-
-
-
-

ZzZzzzzzZZzzZZzzzZzZ
( lagi comel kan? )



Friday, May 14, 2010

sleeping beauty and the frog prince .

pernah tak korang tengok drama ke filem kan... aktor tu tengah tidur, dia bermimpi - mimpi ngeri. tiba-tiba aktor tu bangun dia cakap, " Taknak!!! Taknak!! " dah bangun badan panas berpeluh-peluh. pernah tak???

okay abaikan. petang semalam ceng dan housematesss pegi makan kat Restoran Bonda. takde selera makan nasik pekena la mi goreng basah dan ais kosong. lepas tu tengok Adamaya episod last padahal tak pernah ikut pun cerita tu. lepas maghrib tu kitorang housematessss-housematesss ni dudok la nyembang kat ruang tamu. Ami cerita la pengalaman dia dudok kampung ayah dia. dia cakap dia pernah terpijak katak. ceng memang orang yang paling tertarik la dengan cerita dia. dengan semangat ceng tanya, " licin ke katak tu?" ami jawab, " tak tak" "dah tu, menggerutu eh?!" bertanya dengan buat muka geli.. ami balas, "a'ah" maka ramai-ramai cakap " eeeeeee.... yucksss yuckssss"... *ces. kalau nak cite dalam blog ni cam tak jadi plak dialog geli neh. tapi sebenarnya kitorang geli laa gila gilaaaa gilaaa siap dengan mimik muka tau tak.

okay abaikan. malam semalam masa nak tidur ceng online dulu. tapi pening gila kepala dan rasa nak muntah. tutup laptop dan cuba nak tidur tapi tak dapat. tak selesanyaaa. maka ceng pun turun la toilet bawah pegi tandas, wekkkkkkkkk wekkkkkkkkk.. ces. rugi mi goreng basah haku 3ringgit.

ape cite pasal muntah-muntah neh. okay abaikan. maka dapatlah ceng tidur dengan lena... lena sangat. best best. tiba-tiba, *saspens neh. rapatkan kepala dekat skrin* dalam pukul 3 ceng terjaga dan jerit, " Taknak!!!! Taknak!!!! " ceng termimpi katak. tak ingat dia buat apa tapi mimpi katak. korang boleh bayang tak betapa takutnya ceng sampai boleh terjerit dalam mimpi lantas terus terbangun. bukan takat ceng je terbangun, Vivie dan Aisyah yang berada di katil sebelah pun terbangun. orang bilik sebelah pun dengar jugak you all.

benarlah kata orang, kalau kita takut, jangan la takut sangat dan tunjukkan kita tak suka. balasan kotttt. amacam? ada tak ala-ala derama Melayu masa part mimpi tuh? 

Doa Ketika Mendapat Mimpi Buruk :
أَللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ وَسَيِّئاَتِ اْلأَحْلاَمِ

Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari perbuatan syaitan
dan mimpi-mimpi buruk... AMINNNNNN.


Wednesday, May 12, 2010

telur adalah egg .

semalam. tengahari semalam untuk lebih spesifik, ceng dengan housemate pegi beli barangan dapur. cewah. baru pindah rumah sewa ni. kasi berasap la sikit dapur kan. baru la namanya anak dara. wah! nak market diri la plak. masa nak kat kedai annei ( panggil yang selalu dipanggil kepada penjual india lelaki ) tu, dok amik sardin la, bawang la, perencah nasik goren la, garam la.. tapi yang paling lama nak pilih adelah TELUR! sume dok terpinga-pinga depan telur tu. nak beli 10 bijik ke 1 papan ( 30 bijik ) . kompius kompius. beli sikit dia mahal. beli banyak takut busuk pulak sebelum sempat habis. ok fine akhirnya amik 1 papan sebab bila pikir balik telur je la lauk paling senang.



malam tu nak masak. kepala gas tak pasang lagi kat tong dia neh. jenuh la ramai-ramai kat dapur dok betulkan kepala gas tu. tak masuk-masuk, longgar. ade bunyi "sssssssssss" . bahaya kalau nak masak ada gas bocor neh. ade yang tepon mak la, kakak la. riuh dapur. padahal masak telur dadar je. lastly mintak la bantuan budak laki neh dia ikat dengan tali bagi tanak ade bunyi "ssssssssss" ... makanya makanlah kami nasik berlaukkan telur dadar, sos dan kicap. orang bujang la katakan.

petang tadi nasikah buat nasik goreng dengan telur. lepas tu mek ti pulak buat scramble egg. wahaha. 
besok tak tau la makan ape pulak. 

mungkin telur rebus. 

atau telur mata kerbau. 

atau telur bungkus... 
_
_
_

nasib baik la beli satu papan. HAHAHA 


Friday, May 7, 2010

seorang rabun .

cuba tengok bawah. baca yang dalam kotak merah tu.

orang cakap dalam kotak merah je la bukan baca semua. puk karang! ngee..

memang diakui, ceng jadi rabun sebab banyak baca buku  tengok tv. tapi bila tengok balik 1 family semua pun pakai spek kecuali abang chik. pakai spek susah tak? ye. diakui. pakai spek neh sedikit menyusahkan.
1 . nanti nak berkelah kena bukak spec lepas tu susah nak cari tempat selamat letak :(
2 . semayang dekat surau/masjid. risau orang terpijak spek kot-kot dia tak perasan kita tengah semayang. banyak jugak ceng dengar kes camni masa sekolah dulu :(
3 .  takleh lah nak berlagak pakai shade/spek mata belalang tuh. memang cool padahal bukan nampak pun :(
4 .  nak drive kalau tertengok matahari bertambah silau kalau pakai spek  :((
5 . nak tido kena make sure letak tempat selamat. jangan plak baca buku atas katil lepas tu tertido sekali dengan spec. sadis :(
6 . keluar dari tempat sejuk cam dari dewan kuliah atau kereta spec terus berwap :(
7 . makan benda panas cam mi sup pun spek berwap :( 
8 . tudung susah nak bentuk :(( 
9 . mana ada princess pakai spekkkkk!!! huwaaaa  :(((((((( 
tapi takpe. pakai spec pun cool jugak pe. ada macam-macam design bley pilih. frameless, half frame, old school? pilih-pilih. lima seploh lima seploh. ceh. banyak la harga spek lima seploh hengget. ceng kalau nak beli spek pun selalu rm 250++ kott. standard la harga gitttuuu  *haih melayang duit jay-piy-ayyy hakuhh.*

lagipun kannnnn.. kalau pakai spek dapat la cover mata pando ceng neh. niat nak beli contact lense terus batal mengenangkan lingkaran bawah mata :P  kalau tak pakai spec, kompem mata nampak begini.

cam mata pando sangat. ahaha.
korang macam mana? line ada clear tak?

Wednesday, May 5, 2010

mimpi ku hanya mimpi .

haritu balik jumpe anak saudara ceng. ceng bagi diorang dengar lagu ni.



boleh pause kalau tanak dengar :)


"jika dunia aku yang punya,
akan ku dirikan sebuah syurga,
malam tanpa siang untukku bermimpi,
sepanjang masa tanpa kecewa,
bertemankan bintang yang setia,
bagaikan puteri kisah khayalan,
yang hidupnya suci dan sempurna."

cerita princess ni memang indah kan? cuba tengok Cinderella. ada pari-pari datang bagi kasut kaca, baju cantik, pergi majlis tari-menari lepas tu jumpe Prince Charming. indah? cuba tengok Aurora Sleeping Beauty pulak, kena sumpah tido, bukak-bukak mata ada Prince Philip. indah kan? baik korang cakap indah kalau tak ceng tikam. dulu masa kecik-kecik, selalu nak mimpi Princess.

"tapi sayang hanyalah impian
bulan tak bisa tumbuh di taman
dan bila mentari datang
pulanglah segala kenyataan"

sekarang dah hampir 20 tahun. susah dah nak dapat mimpi Princess neh. kadang-kadang tu takde mimpi pun. tapi yang pasti, bila ceng bangun, ceng hanyalah seorang Rabiatul Ili Najwa binti Khairuddin.

dan bukan seorang puteri  ;')


Monday, May 3, 2010

payah betul orang terlebih vocab neh .

tadi sedang main game, cam biasa - Mafia Wars. tiba-tiba ada orang ym ajak main chess ngan game hape entah. maka ceng pun decline ah. bukan ceng kenal pon sape yang ym tu.


kuceng: bz
kuceng: suri
Latt baik: fuck you
kuceng: you too
Latt baik: come fuck me
Latt baik: i got what u want
kuceng: xde bahasa yang lagi indah ke?
kuceng: mulut tu nikmat yang allah bagi
kuceng: jangan menyesal kalau suatu hari anda bisu
Latt baik: oioooo
Latt baik: damn
kuceng: mulut tu nikmat yang allah bagi
Latt baik: macibai
kuceng: alhamdulillah
kuceng: terima kasih allah kerana menganugerahkan aku mulut
kuceng: bersyukur ye lain kali
kuceng: bukan kufur dengan nikmatnye

terus dia sign out. puas hati aku.

Thursday, April 29, 2010

kerana shin chan

kat sekolah, cikgu mempunyai anak murid yang ramai. adalah normal untuk seorang guru mengingati anak muridnya kerana kebaikannya. ye ah kan. kalau dah jadi ketua pengawas kat sekolah tiap-tiap minggu buat ucapan masa perhimpunan kan. tapi tu bukan ceng lah kan. lebih sadis lagi kalau cikgu ingat anak muridnya yang sangat jahat  nakal di sekolah tiap-tiap minggu fly malam-malam atau vandalisme dengan memecahkan pintu dorm. oh itu juga bukan ceng. ceng boo-dark biasew-biasew jewrrrr. x faymes pown macam dowang tuwh. ( geli sungguh type begitu ) tapi ceng rasa sangat best sebab ceng masih diingati oleh seorang cikgu sejarah masa kat form 3 dulu. cikgu sakinah.

print screen profile cikgu sakinah. heheh.

you got the point here? ceng diingati oleh cikgu ni sebab ceng dulu-dulu suka lukis gambar shin chan! HAHA! serius tak matured weh lukis gambar kartun begitu. tiba-tiba nak segan  =_____=

okay. mari melukis shin chan bersama kuceng serabai !
( aku tak paham kenapa aku membuat tutorial melukis di blog ini. ah. lantak la. blog aku kottt )

pertama sekali sediakan kertas dan permanent hitam.



1 . lukiskan bukit kecik macam gambar.
2. buat muka shin chan bentuk dia macam kacang sikit.



3. lepas lukis muka dia tadi, tambahkan telinga.
4. buatkan rambut shinchan.



5. lukis kening dia. kening dia macam ulat beluncas kan!
6. buat mata. mata pulak macam roda. haha.



7. buat mulut dia. apahal ceng wat cam tak jadi. molot dia macam tengah cakap " Hoi! " je. ahaha.
8. buat baju dia. kahkahkah. serius tak jadi woh baju dia.



9. tambahkan seluar.
10. buat tangan dengan kaki dia. kantoi guna buku law buat alas melukis. mentang-mentang exam law dah habis.



hitamkan rambut, kening dan mata dia. tadaaa! inilah shin chan ceng yang membuat ceng diingati. sobs sobs. terharu la cikgu.


Wednesday, April 21, 2010

suka ke sayang ?

HELLO HELLO HELLO HELLO HELLO   (efek suara bergema)


entah kenapa nak cerita pasal sayang-sayang kat sini. heshhh. sedih sebenarnya tengok ade segelintir manusia yang berkepit sana-sini. dah macam beluncas. eh bukan-bukan. macam belangkas! Peribahasa dalam masyarakat Melayu iaitu 'macam belangkas' bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja. Kita akan temui belangkas di laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina. 


okayh okayh jangan la sempit pemikiran nak pandang kawan seuniversiti ke hape kan. luaskan skop muda-mudi yang berada di tepi pantai kat Kuala Perlis, shopping complex Mid Valley, KLCC Park, Pantai Cinta Berahi eh tak tak tu nama lama sekarang jadi Pantai Cahaya Bulan. hohoh.

oh okay. persoalannya di sini, apakah beza antara suka dan sayang? dua-dua sama mula dengan huruf S. tapi suka ada 4 huruf, sayang ada 6 huruf. bukan perbezaan ni eh yang kite cari. ok jom ceng bawak korang jalan-jalan pegi showroom Mercedes-Benz.

pada suatu hari, hari Rabu, So'od pegi la showroom Merce. masa mula-mula dia masuk showroom tu kan, memang So'od dah jatuh hati ah dekat Mercedes-Benz SLK 350 [R171] . ape orang cakap. alaaaa... love-first-sight gituuuu. ok. ini adalah suka. suka eh. S.U.K.A.

ok meh ceng bagi satu gambar Mercedes-Benz SLK 350 [R171] . nanti ceng cakap, leh korang bayangkan.
tak la cantek sangat silver kan.

ok cun! blacko wohhhhh!

lepas So'od sahih jatuh hati kat kereta tu kan, dia pun pegi la kat salesman tu. dia cakap, " cun gila wohhh wohhh Mercedes-Benz SLK 350 [R171] ni wohh. sporty, elegan, atap boleh bukak-bukak " ( apasal cara So'od cakap macam aku cakap di dunia nyata? ) maka So'od pun lepas sign agreement dah bayar sume-sume, dia pun bawak la kereta tu balik rumah. tengok kotor sikit je kereta Merce dia tu, mesti nak basuh. polish dengan wax tak yah cite ah. memang SAYANG sangat la si So'od kat kereta dia tu. oh okay. itu adalah SAYANG

nampak tak beza dari sini? cam So'od tadi, lepas dia dapat kereta tu, dia jaga elok-elok, basuh, polish, wax...... ape ceng nak sampaikan sebenarnya kat sini kan... sayang dan cinta itu adalah selepas kita memiliki. jadi maksud memiliki bagi ceng tu adalah perkahawenan. eceh. couple-couple tak kira memiliki lagi eh. tu namanya nak makankaki.


Tuesday, April 13, 2010

lemah .


ya. memang lemah. tak berdaya. entah kenapa sem ni semakin malas, sangat malas. lepas tu tengok buku, notes dan slidessss... tengok sahaja. membacanya? mula mengeluh... tiba-tiba teringat,

masih ada lagi harapan bukan?
;')
TERIMA KASIH ALLAH.




live traffic feed .



sejauh manakah aku boleh mempercayai live traffic feed ini? kadang-kadang aku rasa taknak orang lain tahu terutamanya budak course aku. sebab blog aku yang sememangnya penulisan cam hampeh, takde pekdah. sebab segan dengan budak course aku yang lain yang punya blog tapi penulisan yang ilmiah. macam contoh kat traffic atas tu, ada daiefiqh a.k.a Farid Hadhari. adakah beliau membaca blog aku lepas tu tak komen? membuat aku rasa, ' ishhhh.. segannyaaaaaa '. atau adakah aku tak patut mempercayai live traffic feed di atas?


Monday, April 12, 2010

I WON ! I WON !


tadi tengah study fiqh dan khusyuk dengar lagu telinga disumbat dengan earphone. tiba-tiba sufi panggil, " Ili!!!! tengok cepat Ili. sini sini! " maka terkejut sangat bukak earphone dan pegi ke meja study sufi. tak tau nak respon apa tapi sufi tak habis-habis cakap, " ili, ko menang ili, ko menang " (diulang sebanyak 50 kali oleh Sufi )

list of the winnerssss. click for bigger resolution  ;)

see! my name's there. eheheh. kecoh macam menang grand prize je. padahal consolation je. hek hek. agak bangga sebab dalam semua pemenang, ceng sorang budak USIM  :D

eh. nak tau tak contest apa ni? jeng jeng jeng.....

actually, i aim for the iPod touch. tapi ok lah tu kannnn.. dapat reader's digest one year subscription. alhamdulillah. nak harap pegi kedai buku beli readers digest? hehhh.. hampehhh...



Saturday, April 10, 2010

CHANGE .


okayh. hari ni 10 april. final start 20 april. okay fine. ada la macam lagi 11 hari. serius ceng maseh tak dapat spirit nak pergi meja study duduk berjam-jam menghadap buku fahamkan segala ilmu.


tapi ada la jugak berpakat dengan Sufi kemas-kemas bilik tukar susunan katil dan loker bagai padahal dah nak habis sem dah pun. ekeh2. lepas tu tukar ringtone mesej dan call. tuka theme handphone, desktop background, basuh langsir bilik dan sejadah, bersihkan kipas dan juga tampal tempat gantung tuala dekat dinding.

*****

mungkin ini boleh menaikkan spirit nak belajar. bagi ceng ah kan. okay okay. cuba rewind balik masa korang mula-mula masuk univ dulu, semangat tak nak belajar? bersemangat kan kan kan. siap kuliah datang punctual takde lewat-lewat ponteng pun takde baju siap bergosok takde kedut-kedut. sebabnya masa mula-mula masuk tu macam ada satu environment baru buat kita bersemangat. contohnya baju baru, kasut baru, beg lawa baru sampai dua-tiga buah....  =_____=

kalau stok pemalas pada hujung tahun macam ceng neh lewat tu adat, ponteng sekali sekala, baju iron part yang nampak kedut je sikit-sikit takpe. hujung tahun motivasi berkurangan sebab barang baru dah jadi lama.

oleh kerana diri bertambah pemalas maka harus untuk ceng mendapatkan spirit belajar dengan menukar susunan katil dan loker, ringtone mesej dan call, theme handphone, desktop background, basuh langsir bilik dan sejadah, bersihkan kipas dan juga tampal tempat gantung tuala dekat dinding. okay. ini adalah perubahan kecil. at least i've made some changessssssss   :D

serius. cubalah. oh handphone berbunyi. lupa plak ringtone dah tukar. * syeshhhhh. masalah masalah *

OMG. serius terasa macam slogan obama masa dia kempen nak jadi presiden US dulu.


Saturday, April 3, 2010

antara adat dan syariat .

begitu tingginya orang Melayu mengangkat adat. kalau tak, takkan la wujudnya peribahasa biar mati anak jangan mati adat. fuhhhhh. dalam undang-undang Malaysia pun ada gak apply Customary Law, undang-undang adat. okay sebenarnya ada kerja esei bahasa arab tajuk " adat yang tak elok dalam perkahawinan " dan sedang google untuk sedikit bahan tapi termerewang pulak kat blog. hehe. ok skrang ceng nak fokus part bersanding.


rasa macam dah penah upload pic ni kt blog dulu. haha.

okay. setakat ni dah 3 adik beradik ceng yang dah kahawin. masa akak ceng kawen dulu, memang kitorang takde buat pelamin pun. tapi at last masa tengahari kenduri tu kitorang amik 2 kerusi untuk pengantin duduk sebab nak tangkap gambar keluarga. 

lepas tu abang cho pulak kawen. tak ambik pun pakej pelamin ke ape. tapi ada cousin yang offer buat sebab nak bagi meriah sikit sebab tangkap gambar macam best ada background lawa.

lepas tu, three. eh tak. lepas tu abang chik pulak kawen. dia cakap dia nak pelamin. mak cakap, boleh tapi kena guna duit sendiri untuk pelamin dan photographer. kiranya macam lagi best ah abang chik kawen sebab ada photographer. seronok la tuhh cam-whoring atas pelamin kan.

tertanya-tanya pulak ceng, salahkah bersanding di sisi Islam sebenarnya? sebab masa persandingan tu kan family kitorang memperkenalkan makcik-makcik, pakcik-pakcik dan saudara-mara kepada ahli keluarga  baru kami takde renjis-renjis pun. setelah google, ceng tertarik dengan pandangan yang ni....

Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:




1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.  

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.


sumber dari sini.


hambik kau. dah macam cat merah tumpah atas baju.


kuceng : kahawen sekali je seumur hidup wehhhh. taktau la pulak kot ada yang pasang niat berkali-kali. ok bye. nak buat esei arab.




Friday, April 2, 2010

LOAF STORY wohhhh!!!



hemoh3. semalam ada presentation muamalat pasal business planning. wo yeah. WE did it instead i did it. sebab ni bukan kerja sorang-sorang tapi kerjasama sapuloh orang wehhh.. saya, as the acting CEO, ( acting je eh bukan betul-betul ) memang macam pening pale ah weh sebab tak reti nak mengarah orang. sadis sadisss.

memang presentation macam havoc gila and we as the presentors enjoy it veghiiii much! mana taknye introduction je dah keluar lagu macam nak menari tarian spanish dan presentors pakai baju pink-purple plus slide show nye warna tema pink-kelabu lepas tu macam ade bubble bubble sikit. auwwww.. shuwitt sangat. * sejak dua menjak ni ceng suka warna pink *

balik-balik terus semua ahli kumpulan pergi ke Restoran Selera Anak Timur nak menjayakan kejayaan bersama. bhahaha. yang seronok bila online dapat supportive commentss macam dari mereka-mereka neh :

pudin :  nak creampuff hantar kat c-3-6 sutera indah 
najmudin : bes presentation tadi.
zarina : seyes wey~best presentation..the best la so far.my personal view la.huhu
zaty : huhu ye2..best presentation.craetive! ;)
alea diana : creampuff best..syihan cm xleh terime hakikat lak company laf story best. **ni aku petik dari fb eh. sori syihan. hehe. **
auni : weh ili. ada orang cakap ko cute la present kat depan.    * adakah ini satu pujian? =_____=

by the way, ini la link blog yang kitorang cipta untuk presentation semalam.

girls power  * tagline perempuan gedik *

creampuff girlsssss


setiap ahli kumpulan take part dalam menjayakan presentation ni terus CEO rasa terharu nak menangis kat bahu diorang.  :')